Wednesday, August 19, 2015

Of films and LOMO


Superhead UWS + DIY Redscale film


Assalamualaikum.
Tahun 2010-2013, memang saya gila dengan kamera manual and lomo.
Secara jujurnya sampai sekarang saya tak hafal or separa faham terms-terms fotografi.
Shutter speed, aperture, ISO dan lain-lain.
Saya jenis snap je gambar yang saya suka... 
Saya memang minat street photography dan portraiture. Tapi memang takde skill la... 
Belajar pun half-hearted. And malas join kawan-kawan lain pergi outdoor photoshoot. 
Ye la. Most of them semi-pro and fans of Nikon/Canon SLR dan DSLR.
Saya ada satu je camera digital yang saya pakai. Itupun jenis micro four thirds; Olympus PEN E-PL1. Jenis point and shoot. Memang malas nak adjust apa-apa tambah pula bila travelling.



Olympus PEN E-PL1


Actually taw pasal LOMO pun accidentally waktu google pasal street photography.
Apa itu LOMO? Nah, baca sendiri: Lomography.
Haha.


Holga 135BC with colour flash - Double Exposure


Setakat ini saya hanya ada lima manual camera (camera yang menggunakan filem):
Superheadz UWS, Sprocket Rocket, Holga 135, actionsampler dan LOMO Smena 8M.
Dan macam-macam jenis 135mm filem dah saya experiment.
Filem dan lomo camera boleh dibeli secara online disini: The Click Shop
Staff dia memang helpful. Tapi online store tue lebih kepada Polaroid sekarang.
Polaroid pun seronok untuk di eksperimentasi. Saya ada satu used camera Polaroid hadiah dari pakcik yang dibeli di Jepun. Tapi harga filem polaroid...Hah! RM80 for 8pcs. 
Kalau Instax Mini murah sikit kot eh.



Holga 135BC + X-pro film


Superhead UWS + DIY Redscale film
Gambar favourite saya, all the time.


Memang seronok tengok hasil tangkapan bila dah cuci and scanned out.
Sebab mostly unexpected la. Especially colouring pada foto-foto tersebut.
Tapi mostly jugak tak jadi. Haha.
Filem favourite saya X-PRO, expired dan DIY redscale.
DIY Redscale nie, kita terbalikkan sendiri filem. Tutorial di sini!

Kat Ipoh nie, cost cuci satu roll filem dalam RM6-8.

Itupun normal processing. Kalau BW maybe dalam RM10-15.
Cross-process memang takde.
Untuk scanning, lupa la. Mahal lagi kot dari kos cuci.
Tapi tiada pula servis scanning dengan sprocket sekali. Ngam-ngam 35mm. 



Sprocket Rocket + BW film

Sprocket Rocket + Expired film


Dulu kalau saya nak cuci dan scanning filem dari camera Sprocket Rocket, saya terpaksa pos filem tersebut ke Negeri Sembilan. Under Les Deux Store. (Tak salah. Or Les Deux Clothing?)
Dieorang memang peminat lomo dan manual camera.
Nak scan filem dengan sprocket mesti ada scanner khas.




Superhead UWS + Expired film
LOMO camera untuk amature dan orang yang baru nak start belajar

Holga 135BC + DIY Redscale film


Kenapa stop?

Sebab hobi macam ini, cost dia agak mahal.
Filem pun mahal. Nak kena cuci and scanning.
Tapi kalau memang dah betul minat, takpe la.
Budget saya lebih kepada travelling untuk masa ini.
So, post hari ini lebih kepada throwback saja. Haha.


Superhead UWS + DIY Redscale film


Holga 135BC dengan Double Exposure


Holga 135BC