Saturday, January 16, 2016

Western Australia Spring Trip 2015: Legde Point, The Pinnacles dan Lancelin

Hari Jumaat, 22-Oktober 2015. Hari kedua kami di Western Australia.
Plan asal kami adalah souvenirs shopping di Fremantle dan melihat bandaraya Perth.
Tetapi Haji Yon menasihatkan untuk kami menukar rancangan kerana kebanyakan kedai di E-Shed, Fremantle dibuka sepenuhnya pada hari minggu; Sabtu dan Ahad.
So, our third day itinerary was moved forward to this second day.

Bertolak seawal 8.00am, kami merancang untuk terus ke The Pinnacles.
Jarak pergi-balik dari homestay adalah lebih kurang 400km (or 5 hours driving non-stop)
The plan is:
1) Visit The Pinnacles Desert, Nambung
2) Late Lunch di Lobster Shack, Cervantes
3) Sandboarding di Lancelin Sand Dunes
Dan expected pulang ke Maranggaroo sekitar pukul 6pm, sekiranya setiap destinasi kami hanya akan spend masa dalam 1-2 hours.


Almost 5 hours jika dikira perjalanan pergi dan balik.



"Life takes us to unexpected places sometimes." - Erin Morgenstern

Ledge Point
Tetapi dalam perjalanan ke The Pinnacles Desert, adik lelaki saya Andy selaku main driver decided untuk detour for toilet stop di Ledge Point. Which is an unforgettable and unexpected detour, indeed!
Ledge Point adalah salah sebuah pekan kecil yang terletak di sepanjang Lautan Hindi.
Ia mempunyai sebuah Caravan Holiday Park sebagai pit-stop untuk motor-homes, caravan mahupun camp trailers. Ledge Point juga terkenal dengan aktiviti seperti windsurfing, memancing dan cray-fishing (udang krai).
Pekan kecil tersebut agak sunyi dan terpencil ketika kami sampai dalam jam 10am.
Terserempak juga dengan 2-3 motor-homes dan kelihatan holiday homes seperti tiada orang. Bukan musimnya, barangkali.
Di area parking, terdapat sebuah public toilet dan 4 pondok berkelah/barbeque.
Kedua-dua tandas lelaki dan perempuan memang bersih tanpa ada bauan yang kurang menyenangkan. Sampah juga tidak kelihatan di sekitar pondok berkelah. Salute!
Dan yang paling tak dilupakan, Lautan Hindi yang terbentang luas didepan mata.


Ledge Point


Lebih kurang sejam begitu, kami bergerak untuk menuju ke destinasi yang sepatutnya. Haha. Dan betullah cakap orang, Australian drivers memang berdisplin. Di jalan yang lengang pun masih mematuhi peraturan 80km/j. Jarang-jarang sekali ada kereta potong line. So, tak perlu risau untuk memandu kat sini.
Tapi as advised by other bloggers dan Haji Yon sendiri, pandulah mengikut had kelajuan yang ditetapkan. Walaupun jalan clear, takde kereta lain. Itulah ujian kehidupan. Mengikut arahan. 
Sekali sekala terlajak speed juga. Tapi cepat-cepat beringat.
Sampai Ipoh, doa-doa juga janganlah Haji Yon call cakap ada surat saman ke apa ke.
Alhamdulillah, sehingga kini (almost tiga bulan dah) tiada berita buruk. Hehe.





Pinnacles Desert
The Pinnacles Desert yang terletak di Nambung National Park, adalah berdekatan dengan Pekan Cervantes. Bayaran masuk sebanyak AUD 12 (+/- RM36) untuk sebuah kereta dikenakan. Disertakan juga trail map untuk driving dan walking course.
Disebabkan matahari agak terik walaupun cuaca nyaman, kami hanya memandu mengikut trail utama yang selamat.
SubhanAllah. Memang kagum melihat lautan batu kapur (limestones) yang terdiri daripada cengkerang (seashells) dari zaman lampau. Kejadian unik ini masih lagi tidak dapat dipastikan dan perdebatan mengenai bagaimana terhasilnya formasi batu-batu ini masih belum selesai. 
Info lebih lanjut: Wikipedia dan The Pinnacles, Nambung
Terdapat juga Pinnacles Desert Discovery Centre iaitu sebuah pusat yang menceritakan infomasi lebih lanjut mengenai The Pinnacles dan juga kedai souvenirs.


The Pinnacle Desert



Kami menghabiskan masa hampir dua jam disini. 
Most of the times, aktiviti bergambar. Hehe.
Pemandangan begini memang jarang jumpa. Maybe once in a lifetime, kot.
So, memang kagum melihat salah satu keajaiban di muka bumi Allah.


Cervantes Town
Kami seterusnya bergerak menuju ke Lobster Shack disebabkan kelaparan sudah.
Plan nak splurge sikit untuk lunch sebab nak merasa lobster.
Tapi agak mengecewakan kerana setibanya di situ, lunch hour sudah pun tamat pada pukul 3pm. Jam menunjukkan telah pukul 3.15pm. Dem.
Ada juga dijual frozen foods seperti seafood pie, raw shrimp etc. Tapi kami tak berminat.
Then saya decide untuk google; nearby restaurant. Ada several seafood options.
So, kami keluar dan masuk ke pekan Cervantes yang tak jauh dari Lobster Shack.




Pekan Cervantes hari tue memang agak sunyi.
Tidak kelihatan orang tempatan berjalan-jalan. Maybe time tidur tengahhari kot.
Ada ternampak banner Art Festival yang akan berlangsung pada 23-Oct sehingga 1-Nov.
No wonder kelihatan patung-patung serta arca-arca disepanjang jalan di pekan kecil tersebut. Agak creepy jugak bila ditambah suasana sunyi lewat tengahari itu.
Di sebuah deret kedai, kami ternampak Sea Breeze Cafe as advertised di google web.
Sewaktu berkira-kira untuk masuk, ada dua orang mat saleh keluar dari restoran nie.
"Great food here. You guys should try it."
"Oh. Ok ok. Thanks."
So, tawakkal dan masuk je la. Perut memang lapar.


Sea Breeze Cafe diantara deretan kedai

Interior kedai


Kami order seafood platter besar yang include sekali lobster.
Then order 2 sets ala carte fish and chips. But without chips. Seperti yang direkomen oleh cashier. Sebab seafood platter telah disediakan sekali chips yang banyak.
So, harga asal makanan dapat ditolak. Bagus sungguh pekerja Sea Breeze Cafe nie.
Kami juga menyatakan kami taknak apa-apa liquor or lard ditambah dalam makanan kami.
Dan saya rasa kami telah cuba yang terbaik untuk memastikan makanan kami bersih dan halal. Selebihnya, tawakkal dan diserahkan kepada Allah.
Note: In-case kepada sesiapa yang tak tahu; Chips disini merujuk kepada french-fries ya. Kentang goreng. Bukan kerepek kentang Mr.Potato tue. Hehe.
Total makan lebih kurang AUD 120 (+/- RM 360) untuk 8 orang.
Air kabonat 1.5l disini agak mahal. Dalam AUD 4-5 (+/- RM 15).
Begitu juga dengan air mineral. AUD 2-3 untuk 1.5l (+/- RM 9)


Seafood Platter AUD 80 (+/- RM 240)


Lancelin Sand Dunes

Hotspot untuk photoshoot


Setelah kekenyangan, maka kami ke destinasi seterusnya: Lancelin Sand Dunes.
Jika ikutkan itinerary asal, saya ingin singgah di Emu Down Farm. Nak tengok kincir angin.
Tapi sebab tak sure location dan hari semakin gelap, rancangan itu dibatalkan.
Salah satu sebab kami akan ke Western Australia lagi... InsyaAllah.
Disepanjang jalan di pekan Lancelin, terdapat 2-3 buah kedai mini mart yang menyediakan perkhidmatan sewa sand-board. Mungkin cuaca yang gelap pada pukul 5pm menyebabkan kami was-was untuk menyewa. Takut hujan, so rugi.
Jalan menuju ke Lancelin Sand Dunes agak mudah. Terdapat signboard so tak perlu risau.
Kami drive masuk dari main gate dan kelihatan warning sign; risky place camtu. Siap ada no hotline tow truck lagi. Haha.
In-case of pasir jerlus, so certain kenderaan tak sesuai untuk dipandu masuk ke kawasan sand dunes nie.
So, kami parking di satu kawasan landai dan berpagar.  Then berjalan kaki ke dalam.
Seriously windy ya amat. Memang kagum tengok lautan pasir putih membelakangi awan kelabu.
Dari jauh kelihatan orang ber-sandboarding di bukit-bukit pasir yang tinggi.
Kami just jalan-tangkap gambar-jalan lagi. Sambil pegang tudung supaya tak diterbang dek angin. Tak lama masa dihabiskan di situ, sebab tak solat lagi.
So, kami bergerak keluar dan menuju ke sebuah taman di pekan Lancelin. Dalam 5 minit dari kawasan sand dunes tadi. Terdapat pondok berkelah dan tandas. So, bergilir-gilir amik wudhuk dan solat di pondok berkenaan. Memang bersih tandas disini. Salut!






Lancelin Jetty
Pukul 6.00pm seakan-akan hampir malam. Senja la lebih kurang.
Kami decide untuk bergerak pulang. Perjalanan balik boleh makan masa dalam sejam dua.
Tapi kami plan untuk detour ke suatu tempat sekejap. Earlier kami ternampak satu signboard Lancelin Jetty. Agak pelik juga sebab tak pernah dengar pun sewaktu google-google dulu. 
So, plannya hanya nak lalu dan lihat saja.


Lancelin Jetty

Serious bertuah rasanya sebab ada rezeki terjumpa tempat camni.
Walaupun jeti dipenuhi dengan tahi si burung camar, tapi memang hotspot la buat wannabe photographer. Instagram-worthy.
Angin memang agak kencang. Sejuk!
So, tak berani nak pergi sampai ke hujung. Pegang henpon pun kuat-kuat time nak snap gambar. Jeti nie juga fishing spot. On the way balik ke kereta, terjumpa dua orang local lengkap dengan fishing gear. Agak ramah siap ajak kitaorang memancing. Haha.




Then, kitaorang pun drive balik terus ke homestay.
Memang puas hati sebab dalam sehari ini, kami berpeluang pergi banyak tempat. 
Alhamdulillah.