Tuesday, February 9, 2016

HCMC Short Trip 2016: Overview, Itinerary dan Bajet

"Our mountains will always be, our rivers will always be, our people will always be, The American invaders defeated, we will rebuild our land ten times more beautiful." - Hồ Chí Minh.



Notre-Dame Cathedral Basilica of Saigon dan Saigon Post Office


Assalamualaikum.
Last week, saya dan geng sesurau telah terbang ke Ho Chi Minh City untuk trip pendek selama tiga hari. Total kami pergi berenam dengan masing-masing membawa beg trolli separa penuh.
Plan yang agak mengejut. Preparation dibuat hanya 2-3 bulan sebelum bertolak.
Tapi setelah menelaah blog-blog Malaysian mengenai HCMC, rasa confident untuk kami terjah sendiri. Matlamat utama ialah shopping! dan city tour.
Initially, pada mulanya saya tidak lah teruja sangat nak pergi HCMC nie...
Sebab baca rata-rata peniaga di sini agak kurang ajar dan banyak tourist traps seperti penarik beca dan pemandu teksi. 
Tapi bila dah mula merangka bajet dan plan itinerary, mula ada rasa excited.
Ho Chi Minh City (HCMC) atau dulu dikenali sebagai Saigon merupakan salah satu bandar di Vietnam selain Hanoi. Nama bandar ini diambil semperna nama pemerintah pertama North Vietnam; iaitu Hồ Chí Minh.
Di sini terdapat banyak bangunan menarik dan bersejarah kolonial Perancis.
Tempat-tempat menarik yang umum dilawati rata-rata terletak di District 1.
Info lanjut mengenai Ho Chi Minh City: Wikipedia



Jalan di Ho Chi Minh yang dipenuhi dengan motosikal




Nguyen Anh Ninh Street aka Malaysian Street




Itinerary Ringkas

Ho Chi Minh City Short Trip 2016
Date: February 1-3, 2016
Points of Interest: Ben Thanh Market, Saigon Post Office, Cu Chi Tunnel
Currency: 

RM 1.00 = VND 5,320 (as in Jan 2016)
RM 1.00 = USD0.231 (as in Jan 2016)
Temperature: 28-33'C

Day 1 - Monday
Survey Tour
:: Arrive at Tan Son Nhat Airport
1. Nguyen An Ninh Street / Malaysian Street
:: Lunch at Musa Kariem

2. Ben Thanh Market
:: Check-in Moc Huong Hotel
3. Night Market 
:: Dinner at Halal Al-Amin

Day 2 - Tuesday
Shopping/City Tour
1. Ben Thanh Market
2.  Nguyen An Ninh Street / Malaysian Street
:: Lunch at Musa Kariem
3. Ho Chi Minh City Tour
(Reunification Palace, Saigon Post Office, Opera House etc.)
4. Night Market 
:: Dinner at Aysah Restaurant

Day 3 - Wednesday
1. Handicap Craft Center
2. Cu Chi Tunnel Tour
:: Tapaw lunch at Halal Al-Amin
3. Nguyen An Ninh Street / Malaysian Street
:: Depart to Tan Son Nhat Airport


Kalau dilihat itinerary, memang tempat yang sama kami ulang.
Sebab masa untuk shopping memang tak cukup sebenarnya; nak memilih lagi, nak wassap tempahan kawan-kawan di Malaysia lagi dan to-and-fro balik hotel sebab tak larat nak bawak beban.
Tapi saya rasa kalau first-timer nak pergi ke HCMC nie, better la extend 4-5 hari. 
Especially kalau nak masukkan side tours seperti Cu Chi Tunnel (half day tour), Mekong River (whole day tour) dan Ho Chi Minh City (half day tour). 
Sebab memang tak puas jalan-jalan di bandar HCMC... Ditambah pula dengan aktiviti shopping.






Pukul 9 malam yang sibuk


Area di hujung jalan Nguyen Anh Ninh; ada kedai money changer.




Money Changer


Bajet Ringkas






























Kalau dilihat bajet diatas, ada tiga jenis currency kita gunakan iaitu RM, VND dan USD.
Usually;
1. USD digunakan untuk pembayaran hotel dan side tours (Cu Chi Tunnel, Mekong)
2. VND digunakan untuk public transport dan makan di restoran.
3. RM digunakan untuk shopping!
Berdasarkan pengalaman kami, memang banyak untungnya bila kita membeli-belah menggunakan RM. Beza yang agak ketara kalau membeli banyak dan secara berulang-kali.
USD tak digalakan untuk digunakan disini.
Contoh harga sebekas kopi ais di jalanan: RM 3 / VND 15,000 / USD 1
So, kat sini boleh tengok VND dan RM tak banyak beza (mungkin hanya sen) tapi untuk currency rate sekarang USD 1 = RM 4.40
Jangan risau. Di area Ben Thanh Market terdapat banyak money changer yang menawarkan rate yang bagus. Dalam Ben Thanh juga terdapat 2-3 mesin ATM.
Korang juga boleh cuba untuk jimat tang makan. 
Contoh waktu breakfast; kami hanya makan di bilik hotel (biskut dan megi).
Kalau kena timing, boleh grab tiket AirAsia promo; sekitar RM 150 -180 (return).



Vinaphone booth dalam airport

Vinaphone SimCard
Mula-mula tak terfikir nak beli simcard di HCMC nie.
Tapi disebabkan memerlukan WIFI/Data untuk guna Apple Maps (untuk walking city tour nanti) juga nak berWhatsApp pesanan kawan-kawan... Hmm. Beli jugalah.
Pakej paling menarik ditawarkan oleh Vinaphone.
VND 40,000 (+/- RM 20) untuk 5Gb data
Memang cukuplah untuk 3-4 hari disana. 
Lagipun mostly setiap hotel dan restoran ada FREE WIFI.



Bus No. 152 dan konduktornya semat berbaju hijau



Transportation
Dari Tan Son Nhat Airport ke Hotel Moc Huong yang terletak berdekatan dengan area Ben Thanh Market, kami decide untuk naik Bus No. 152.
Boleh juga kalau nak naik teksi, tapi pastikan deal dengan servis di dalam airport untuk mengelak dari kena tipu.
Tambang bus sebanyak VND 5,000 (+/- RM 1) seorang ditambah VND 5,000 (+/- RM 1) untuk satu beg. Sebenarnya tambang bag tak valid, takde pun rules yang tulis kena bayar untuk beg...
Tapi sebab RM1 sahaja, kami malas nak argue. Lagipun tak mahir bahasa Vietnam.
Bila time nak balik, kami decide untuk naik taxi. 
Satu taxi naik tiga orang dengan beg-beg besar hasil titik peluh bargaining.
Staff Moc Huong Hotel yang tolong call kan taxi Vinasun.
Tapi kami bayar pada taxi driver ikut meter once dah sampai airport.
Bayaran sebanyak VND 120,000 (+/- RM 24) untuk satu taxi. So, agak reasonable.

Keluar dari airport > Belok kanan > Nampak Burger King > Lintas seberang jalan  
> Cari Bus No. 152

Waktu keluar dari airport, akan kelihatan selautan manusia yang mostly taxi driver, penunggu orang kenamaan dan Walahualam. Tak sure event apa yang berlaku time kami sampai pukul 9-10am.
Tapi serius memang ramainya orang! Siap ada kerusi berderet. 
Ada rasa takut/malu juga bila nak keluar pintu besar airport... Sebab tak sure samada jalan keluar nie betul or tak. Ada terfikir jugak kot-kot RunningMan datang HCMC... Tapi semua yang menunggu bukan teenagers. Rata-rata orang dewasa memakai baju putih dan duduk diam tak terjerit-jerit.
So, kami jalan je straight menuju ke Burger King sambil tersenyum dan say 'No' kepada taxi drivers.

Ok. Bus stop area Ben Thanh Market adalah station yang terakhir.
Dalam 20-30 minit perjalan dari airport. So tak perlu risau kot-kot terlepas stop.
Bas akan lalu roundabout besar dan akan ternampak Ben Than Market sebelum berhenti di perhentian. 


Perhentian bas Ben Thanh Market di belakang bangunan hijau


Ben Thanh Market


Melintas jalan

Ha. Yang ini memang memerlukan skill dan mentaliti yang kuat.
Sampai je, memang terdiam bila tengok selautan orang bermotosikal... 
Dieorang memang tak bawak laju; sekitar 40-50km/j. 
Tapi disebabkan terlalu banyak ditambah lagi jalan yang nak dilintas agak besar (3-4 lanes jugak la), perasaan takut dan sangsi menguasai diri. Lampu merah takde guna pun kat sini.So, be brave ye.
First time melintas dari bus stop Ben Thanh > roundabout > deret kedai Ben Thanh, kami decide untuk follow caouple mat saleh. Sebab dieorang kelihatan agak confident.
Terjerit-jerit jugak nak melintas. Kena hon lagi. Tapi bila sampai je dengan selamat, semua tergelak.
Rasa bangga pulak dengan diri sendiri.
Waktu kami buat city tour secara berjalan kaki, lebih kurang 10 kali kami melintas jalan besar.
Time rush hour orang balik kerja pulak tue... Huhu.
The main thing is: be steady. Jangan ragu-ragu atau berhenti mengejut di tengah jalan.
Baik motosikal mahupun kereta, mereka akan slow-down dan cuba mengelak pelintas jalan. Dan selalunya dieorang bagi hon untuk kita aware saja.
Kalau kita berjaya melintas jalan di Vietnam, insyaAllah kita akan berjaya dimana-mana sahaja. Haha.





Kedudukan Moc Huong Hotel yang berdekatan dengan Ben Thanh Market


Moc Huong Hotel
26/12-13 Truong Dinh, District 1, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam
Booking.com


Selalunya orang Malaysia akan prefer stay di area Nguyen Anh Ninh Street atau lebih dikenali sebagai Malaysia Street. Seperti Hotel Saigon Pink, Blessing 1, Thuan Thu dan Alagon Western.
Tapi rate sini agak pricey; USD 30 - 40 (+/- RM 150) semalam untuk double room.
Sebab nak jimat, kami survey offer di Booking.com dan hanya bayar USD 19 (+/- RM80) semalam untuk double room di Moc Huong Hotel.
Hotel ini terletak di back alley atau jalan kecil di antara Nguyen Anh Ninh Street dan Le Thanh Ton Street. Berjalan kaki ke Ben Thanh Market hanya 400 meter saja.
Tapi insyaAllah selamat. Kami balik habis shopping di pasar malam sekitar pukul 12am, masih ramai orang disekeliling. Cuma jaga handbag dan aware dengan keadaan sekeliling.
Bilik double tidak begitu luas tapi masih ada ruang untuk solat.
Standard 2-3 bintang jika dilihat keadaan bilik dan amenities yang diberi (jug kettle, towel, soap etc.) serta kebersihan bilik juga ok.



Moc Huong Hotel: Entrance, Lobby dan Double Room




Lorong kecil menuju ke Moc Huong Hotel






Nasi Claypot Ayam di Musa Kariem

Makan di HCMC
Walaupun restoran halal yang famous di area Ben Than adah Hajah Basiroh, kami tak berpeluang pun singgah. Sebab banyak juga options lain di Nguyen Anh Ninh Street.
Setengah restoran menawarkan harga yang reasonable compare dengan yang lain.
Contoh: 
Nasi Goreng (Ayam/Kampung/Seafood) di Halal Al-Amin berharga VND 50,000 (+/- RM 10). Rata-rata Nasi Goreng di restoran lain berharga VND 70,000 - 85,000 (+/- RM 15).
Air minuman pula berharga lebih kurang VND 20,000 - 40,000 (+/- RM 7).
Di Restoran Musa Kariem pula ada offer free kopi ais kalau kita beli makanan berharga VND 55,000 (+/- RM 11) ke atas.
So, bajet kasar untuk satu meal a-la carte dengan segelas air adalah VND 100,000 (+/- RM 20).


Mesti cuba: Pho Bo (Mee Pho Daging) dan Goi Cuon (Popia Vietnam)



Konklusinya, memang best jalan-jalan di Ho Chi Minh City.
Maybe sebab initially saya sedikit lookdown dan takde expectation yang lebih untuk berjalan kat sini.
Memang agak thriling nak jalan-jalan sekitar bandar ini. Kena aware keadaan surrounding setiap masa. Kadang-kadang ada feeling paranoid pun ada.
Takut kena penyeluk saku, penyamun semua... Takut bila nak melintas jalan lagi...
Tapi semua ini pengalaman singkat kami sahaja.
Kalau dipaksa duduk sini berminggu, agak bosan jugak... Maybe.
Skill bargain pun kena hebat juga. Jangan takut nak mintak murah.
Kena hati kering dan tidak mudah terusik bila dieorang mencarut pada kita dalam bahasa lokal. Kita boleh je mencarut balik kat dieorang. Haha.
Buat survey harga barang sebelum pergi... So, bila nak bargain atleast kita tahu benchmark harga tiap satu barang. Ye la, takkan nak tawar sehelai telekung benang emas sampai RM5-10 sepasang... Hehe.
Rata-rata peniaga kat sini tahu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mudah. So, tak payah nak risau bila nak bargain or nak bayar.
Next post insyaAllah saya akan ceritakan pengalam membeli-belah di Ben Thanh Market dan jalan-jalan di Bandar Ho Chi Minh.



Pasar Malam @ Night Market di area Ben Thanh Market


Kopi Ais yang sedap



Saigon Post Office di malam hari


Monday, February 8, 2016

Western Australia Spring Trip 2015: King's Park, Perth CBD dan Fremantle


Pukul 7am, siap-siap then breakfast. Hari dah terang macam pukul 9-10am.
Rasa macam terlambat sangat dah pun sebab masih mindset cuaca Malaysia.
Padahal, baru tiga hari pun. Haha.

So, pukul 8am kami start bergerak. Itinerary hari ini:
1) Kings Park and Botanic Garden, West Perth
2) Perth CBD (Central Business District)
3) Fremantle
Nampak ringkas tapi sebenarnya makan masa jugak.
Pekan Fremantle tak jauh pun dari Perth. Dalam setengah jam atau 25km jaraknya.
Tapi perlu diambil kira kesesakan lalu lintas dan 'kesesatan' mencari tempat parking yang sesuai.


Kings Park

Kings Park adalah satu taman yang luas, terletak ditengah bandar Perth.
Sebab masih awal, kami drive pusing-pusing satu taman.
Terdapat beberapa section kat sini. Ada taman botani, jogging trail melalui bushland, driveway yang dipenuhi pokok-pokok tinggi.
Dua kali juga pusing sebab nak cari spot parking yang menarik.


Beberapa section di dalam Kings Park




Kami decide untuk parking di area May Drive (bertanda bintang biru dalam map di atas).
Memang cantik sebab boleh tengok macam-macam jenis wildflowers (terdapat lebih 2000 spesis!), Memorial Perang dan Pokok Boab yang besar. Facilities seperti tandas dan cafe pun ada.
Area sini pun tempat local berpiknik. Weekend lepak-lepak santai dengan family dan kawan-kawan.
Kalau ada masa, boleh spend untuk explore lebih jauh.
Sebab ada ternampak satu lookout point yang menarik, overlook Swan River.
Tapi tak ingat kat area mana. Huhu.
 More info: Botanic Gardens and Parks Authority dan Experience Perth


State War Memorial dan Perth Water (salah satu bahagian Swan River)

Western Australia Botanic Garden



Pemandangan bandar Perth dari King's Park



Parking di Perth CBD
Dalam pukul 9.30am, kami bergerak ke Perth CBD.
Memang jalan agak santai sebab hari Sabtu barangkali. Tak jauh pun dari Kings Park; dalam 5-10 minit driving.
Tapi! Agak unlucky sebab ada construction besar-besaran dijalankan pada weekend tersebut.
So, certain main roads ditutup. Kami pusing-pusing banyak kali sebab plan nak parking berdekatan dengan Hay Street atau London Court.
Parking pulak ada banyak jenis. Ada bangunan khas untuk parking, street dan open-air parking.
Semua diuruskan oleh CPP; City of Perth Parking.
Kalau nampak signboard CPP tue, maksudnya boleh la parking kat situ.
Tapi! Rate dan tempoh masa di setiap area berbeza. Kalau area di jalan-jalan utama selalunya diberi had masa sejam sahaja. Maybe untuk urusan yang sekejap seperti penghantaran barang.
Ada juga had masa suku jam! Ini untuk toilet break agaknya.

Contoh rate dan tempoh masa parking di Perth


Contoh mesin tiket parking dan tiket parking

Kiri: Gambar mesin tiket parking ini adalah untuk street-parking atau di bahu jalan.
Macam kereta merah tue. Maximum 1 jam sahaja dengan rate AUD 4.30/per hour.
Tak sure pulak kalau kita boleh berterusan 2-3 kali beli tiket untuk space yang sama.
Parking di area khas atau di bahu jalan, walaupun sebelah-menyebelah lain mesin tiketnya.
So, make sure mana satu mesin yang betul. Jangan pulak parking ditempat khas (open-air atau covered bay), tapi beli tiket di mesin parking bahu jalan punya. Rate lain-lain taw.

Senang je nak bayar parking.
1) Pilih cara bayaran (duit syiling atau kad kredit atau parking card)
Kalau duit syiling, masukkan terus. Ada coin bernilai AUD2 taw.
2) Pilih tempoh parking
Kalau AUD 3.30/per hour dan plan nak parking dua jam, masuklah duit syiling sebanyak AUD 6.60
Tiada baki ya. So, masuklah duit cukup-cukup.
3) Tekan button 'Confirm'
4) Ambil tiket yang dicetak keluar
5) Letakkan tiket di dashboard untuk dipamerkan

Kanan: Tiket parking yang jelas ditulis tarikh dan masa parking tamat.

Ada setengah tempat parking ditawarkan discount hari minggu atau daily rate yang murah. Selalunya bukan terletak di jalan-jalan utama. Kena menapak sikit la.
Info lebih lanjut: City of Perth Parking
Mula-mula sampai risau jugak sebab tak faham dengan peraturan parking di Perth nie.
Di Kings Park tadi takde pula bayaran... Weekend kot.
Tapi bila dah baca sign-sign yang terpamer dekat area parking, baru faham sikit.
No wonder setengah orang prefer naik public transport je ke area CBD.  



Pelajar-pelajar university... ya ka?


Pagi Sabtu yang lengang



Salvation Army building which has turned into a Warehouse Apartment (AirBnB)


Tak lama pun spend masa di sini.
Maybe sebab letih berjalan kaki dari tempat parking.
Sekitar jam 10-11am, cuaca agak panas dan agak ramai orang di area CBD nie.



Sekitar London Court




Hay Street


   
Kat sini kita boleh tengok banyak cafe-cafe dan kedai-kedai yang dipelopori oleh local people. Ada juga kedai souvenirs, tapi agak pricey. Tapi! Barang yang dijual lebih berkualiti dan locally made. Most of souvenirs shops yang murah selalunya menjual produk made-in-China.
Memang agak tempting nak beli. Tapi percayalah. Unless memang untuk personal collection atau korang memang tak kesah nak spend duit untuk souvenirs, silakan.
Sebab ada alternatif lain yang provide cheaper souvenirs and produk. Iaitu E-Shed Market di Fremantle.


Fremantle Harbour


Fremantle adalah sebuah bandar pelabuhan ataupun port city.
Western Australia memang ada banyak port city yang cantik, sistematik dan dijaga dengan baik. Terdapat juga Free CAT Bus servis di bandar Fremantle kalau nak merasa naik public transport.
More info: Free CAT Bus in Fremantle
Untuk trip kali nie, kami tak spend masa yang banyak di Fremantle.
Kami lebih tertumpu di area Waterfront District yang kini dikenali sebagai Victoria Quay.
Next time (InsyaAllah), kami plan untuk spend more time untuk explore bandar Fremantle yang banyak dengan peninggalan sejarah yang menarik seperti bangunan lama.


E-shed Market

E-Shed Market adalah bangunan warehouse lama di tengah Fremantle Port, Victoria Quay.
Ia juga berdekatan dengan Railway Station, Fremantle Maritime Museum dan Rottnest Ferry Terminals. 
Shed bermaksud bangsal. Selain E-Shed, ada juga bangunan lain berdekatan di Fremantle Port yang dinamakan A-Shed, B-Shed (cargo awam), C-Shed sehinggalah F-Shed.
Mostly mereka digunakan untuk perkhidmatan perkapalan, terminal jeti dan segala yang berkaitan dengan perlabuhan.


B-Shed Ferry Terminal; opposite E-Shed

Disini ada disediakan servis ferry ke Rottnest Island




Megabes di E-Shed Market
  

Memang E-Shed tempat membeli souvenirs yang best.
Sebab harga yang ditawarkan agak reasonable dan boleh di-bargain.
Especially kedai yang famous dikalangan bloggers-travellers Malaysia; Megabes Product.
Dieorang siap bagi extra discount kalau kita mention yang kita dapat info kedai ini dari blog.
E-shed Market ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Tetapi seperti yang dinasihatkan oleh Haji Yon; seeloknya pergi pada hari Sabtu dan Ahad.
Kerana almost all of the kedai buka pada hari weekend. 



Kaili's Fish Market Cafe, Fremantle

Disebabkan sudah tiba lunch time, kami terus menuju ke Kaili's Fish Market Cafe.
Kaili's nie berdekatan je dengan Cicerello's.
Dua-dua restoran nie famous dengan Fish and Chips dengan option seafood yang lain.
Kat luar Kaili's dah ada banner with menu and price.
So, kami dah berkira-kira nak makan apa. As usual, separuh cari dan chop lokasi makan yang strategik (selalu nya kat luar kedai sebab ada view. heh) dan separuh team lagi order makanan.
Sebab tengok potion makan pun besar, kami decide untuk tidak tamak.











Seafood Platters




 
Overall, memang sedap Fish & Chips nya


Honestly, saya tak ingat berapa kami spend untuk makan kat sini.
Tapi tak lebih AUD 150 (+/- RM 450) untuk lapan orang makan. So, agak berbaloi.
Ada dua set Seafood Platter, tiga set Fish & Chips dan air mineral berbotol-botol.
Air minuman kat Western Australia agak mahal. Sebotol air mineral 1.5liter dalam AUD 3-4 (+/- RM 12). Compare to harga makanan ringan mcam roti, chocolate dan jajan yang kita boleh dapat dalam AUD 1-3 (+/- RM 9), so bagi saya harga air minuman bit pricey.
Kalau nak berjimat, boleh bawak air minum sendiri.


Selesai makan, kami decide untuk pusing-pusing bandar Fremantle sebelum pulang ke homestay.
Sebaiknya datanglah ke Fremantle pada hari minggu sebab suasana lebih meriah dan certain kedai hanya beroperasi pada hari minggu; especially E-Shed Market.
Kalau berkesempatan, cari parking kereta di tempat bersesuai dan cuba self-guide walking tour and photoshoot sekitar bandar Fremantle.
Sebab kat sini, jarak diantara attractions tidaklah terlalu jauh.
Info: Fremantle Walking Trails / Wikipedia


Ball and Chain Pub; dahulunya sebuah warehouse yang menempatkan 75 orang penjenyah terawal di Fremantle


Bangunan yang dijadikan warehouses sewa di Fremantle

Not sure bangunan apakah ini...

Tourist Wheel di Esplanade Park, Fremantle

Laluan keretapi

Fremantle Railway Station