Friday, December 11, 2015

Western Australia Spring Trip 2015: Optus SimCard dan Homestay Sri Serkam

Perth International Airport
(In-progress with renovation)



Flight kami tiba di Perth International Airport 2pm, hari Khamis.
Dan segala urusan imigresen berjalan lancar.
Kami telah prepare list of food names dan semua barang-barang makanan kami letak dalam dua beg kecil yang berasingan. Senang sikit incase the officers tiba-tiba nak buat spotcheck ke...
Since the food baggages tue di declare under nama saya dan makcik di dalam Australia arrival card, ahli family lain lepas dengan mudah. Dan dua food baggages tue hanya diminta melalui x-ray machine, then all is good to go. Kalau ragu-ragu pasal makanan, just tick/declare saja.
Saya rasa mungkin kami datang dalam satu group family dengan peringkat umur berlainan, maybe itu salah satu sebab kenapa officers imigresen tak tanya banyak. Saya ada terbaca jika kita datang dengan group kawan-kawan, kemungkinan akan disoal dengan lebih details dan maybe juga kena tunjuk bukti tiket flight balik ke Malaysia.Ye la. Kan ramai Malaysian datang Australia untuk cari kerja sementara (petik buah, cuci pinggan, bawak lori etc.) atas visa tourist. Memang tak boleh sebenarnya...



Setiba di aiport dan sementara menunggu Haji Yon datang pick-up kami, saya dan sepupu decide untuk beli simcard Optus, seperti yang di suggest oleh ramai orang. Hehe. Pada mulanya kami nak beli satu simcard saja untuk portable wifi kami... But the seller suggest kami beli saja simcard untuk mobile phone. Lagi murah.
Lagi satu, better beli setibanya di airport. Lebih mudah untuk first time tourist/traveller.


Optus Prepaid Plan flyer dan SimCard





Kami pilih My Prepaid Daily Plus plan untuk 6 hari dengan $2 Sim Card.
Meaning; AUD 2 x 6 hari = AUD 12 + AUD 2 = AUD 14.
So, kami bayar AUD 14 (~RM 42) untuk satu prepaid simcard bersama credit. Agak murah la.
Data 500mb/sehari. Setiap hari start 12am, credit kita akan ditolak AUD 2.
Plan harian bermula dari 12am sehingga 11.59pm, pada hari yang sama.
Apa itu Auto-Bump?
Bila data 500mb hampir habis digunakan sebelum 11.59pm, satu Warning SMS akan diterima. So, better turn off mobile data anda jika tidak mahu data auto-bump. Tapi kalau still nak pakai data jugak, secara automatik credit prepaid kita ditolak AUD 2. And kita akan dapat extra data 524mb tapi still valid dalam hari yang sama. 
Dan setahu saya, TIADA istilah speed throttle after exceed daily data max mahupun bring forward the unused data. Correct me if I'm wrong tho.
Sebenarnya 500mb data tue memang cukup as navigator jalan seharian. Apple dan Google map agak berkesan dan boleh diharap di area WA. Saya tak mahir sangat pakai Waze... Yang jadi tak cukup, bila henfon kita jadi wifi hotspot untuk kegunaan ramai. Haha. Upload/share gambar, update status, WhatsApp call... 2-3 kali juga saya terkena auto-bump. 
Kiranya saya tambah top-up lagi sebanyak AUD 10 secara online di website Optus. (pakai card credit adik... saya credit cardless. haha) Boleh juga top-up di convenience store.
More info about Optus: Prepaid Plans dan $2 SimCard


Clearer version dari Optus website


Actually bila nak beli simcard, seller tue akan mintak kita ke convenience store sebelah untuk beli top-up (dalam bentuk resit) sebanyak AUD 15. Then, dia akan masukkan simcard dalam phone kita dan tolong activate kan. Macam pelik juga... Tempat jual simcard tapi tak jual top-up prepaid.
Tapi disebabkan kami last customer kot (dalam setengah jam juga beratur) dan kami tercakap melayu, seller tue jadi friendly dan tolong beli top-up untuk kami. Maybe jugak ada perasaan kesian sebab muka kami memang blur-blur sikit... Haha.
Rasanya seller Optus tue lengchai Malaysia/Singapore kot. Baik budaknya.
Kedai Optus nie kita boleh nampak sebaik keluar di balai ketibaan, bersebelahan dengan Vodafone. 


Dalam perjalanan ke homestay bersama Tuan Haji Yon
(Sambil mendengar pengalaman dan sejarah beliau di bumi Australia)

Dan alhamdulillah Haji Yon tiba waktu urusan beli simcard hampir selesai.
Hati kecik saya takut juga kalau-kalau kena tipu...walaupun Haji Yon tak minta deposit.
Minta maaf Tuan Haji. Bersangka buruk saya seketika.
First impression, Haji Yon macam orang-orang tua di Malaysia saja. Bezanya dia pakai sweater diluar baju melayu. Kalau kat Malaysia sini, memang takkan pakai sweater la kecuali time malam atau kat Cameron Highland. Haha.
Haji Yon kemudian bawak kami ke kereta dan bertolak la kami ke homestay di Thurburn Retreat, Maranggaroo. Jarak dari airport ke homestay lebih kurang 20km / 30minit.

Sebelum itu, Haji Yon singgah sebentar di Mini Supermarket Nguyen Phat.
Di sini, kita boleh dapatkan groceries pada harga yang agak murah berbanding dengan Coles atau Woolsworth. Terdapat juga produk-produk dari Malaysia, Indonesia dan negara Asia yang lain. 


Nguyen Phat Supermarket



Homestay Sri Serkam yang terletak disebelah rumah kediaman Haji Yon.
Homestay ini lengkap dengan dapur, ruang dapur, tiga bilik tidur, satu bilik air dengan bathtub dan shower cubicle serta satu toilet. Agak selesa dan luas bagi tujuh orang dewasa. Kami jenis tak banyak kesah.
Ada juga barang-barang personal keluarga Haji Yon dalam homestay tue. Gambar, surat-surat, etc. Homestay nie jugak lengkap dengan extra selimut, towel dan barang keperluan harian. Dapur juga cukup dengan keperluan memasak. Beras, gula, minyak... 
Tapi kami still mintak permission untuk guna... Dan alhamdulillah Haji Yon dan isteri memang baik dan ramah orang nya. Tak berkira. 
Saya contact Haji Yon 4-5 months sebelum bergerak. Contact melalui email.
Haji Yon email: hj_yon@hotmail.com | no. phone: +61 419 409 067 
Haji Yon selalunya akan reply walaupun tak on-the-spot. Kadang-kadang seminggu kemudian, dia akan reply. So, jangan risau. Try message thru phone dulu. InsyaAllah dia akan reply.
Oh, Haji Yon juga ada 2-3 homestay di area Perth. Hot selling juga. So, better deal ASAP.
Actually homestay dan rumah Haji Yon adalah sebuah rumah yang telah di divide dua.


Homestay Sri Serkam, Thurburn Retreat Maranggaroo


Pukul 5-6pm, hari dah start gelap.
Dan pukul 8pm, kami decide nak jalan-jalan di area Perth CBD.
Jarak antara homestay ke Perth CBD lebih kurang 20km / 30minit juga.
Sebenarnya tak terasa jauh sebab suasana jalan yang lenggang dan tenang.
Pekan Perth sebenarnya agak mati di waktu malam. Kedai-kedai mostly tutup pukul 6-7pm. Maybe area university agak happenning... Tapi ketika kami ke area Swan Lake dan Bell Tower, suasana agak sunyi.
Cuaca pada suhu 18'C bersama angin sepoi-sepoi... Jangan underestimate kesejukan di Perth especially waktu malam.


Sekitar Swan Lake dan Bell Tower
Around 9pm dan lengang




Bell Tower

And that was the end of our first day in Perth.