Friday, January 2, 2015

Trip ke Russia [2012] - St. Petersburg Part 2

Travel Period: Mid June 2012
Currency: RUB 100 = RM 9.80
Key-point: Nevsky Prospekt, White Nights, St. Petersburg Metro

Sebaik sahaja kami menyegarkan diri setelah tiba di Hotel Valeria, kami pun bersedia untuk keluar. Ini pun on-the-spot decision sebab kami nak manfaatkan masa yang ada di St. Petersburg.
Kali ini ayah Ain tak ikut. Kaki sakit katanya.
So, bermula la langkah tiga orang gadis (?) ke sekitar Nevsky Prospekt.

Nevsky Prospekt adalah jalan besar utama di bandar St. Petersburg yang dirancang oleh Peter the Great pada awal kurun ke-18. Ia juga adalah jalan utama untuk ke Novgorod dan Moscow.
Apa itu Prospekt? 
Prospekt boleh didefinisikan sebagai jalan (street or avenue).
"Prospekt adalah jalan yang  luas, berbilang lorong serta lurus dan panjang di kawasan bandar. Istilah ini berasal dari Empayar Rusia." - Wikipedia.
Kalau di Manjoi, Jalan Orkid 2 (rumah saya) boleh digantikan dengan Orkid 2 Prospekt. Macam hebat je bunyinya. Ahaha.



Vladimirskaya Metro Station

Stesen Metro Dostoyevskaya/Vladimirskaya agak berdekatan dengan hotel kami. Dalam 5minit berjalan kaki. Peta untuk Metro di St. Petersburg boleh refer disini: St. Petersburg Metro Map.
Dari situ, kami menaiki Metro Line M4 (oren) dan berhenti di next Stesen Spasskaya. Kemudian, kami menukar ke Line M2 (biru) dan berhenti di next Stesen Nevsky Prospekt/Gostiny Dvor.

Stesen Dostoyevskaya/Vladimirskaya <naik> Metro Line M4 (oren) <berhenti di> Stesen Spasskaya <tukar ke> Metro Line M2 (biru)  <berhenti di> Stesen Nevsky Prospekt/Gostiny Dvor

Dua stesen dalam satu kawasan.
Signboard platform/line ada di setiap penjuru. So, tidak akan sesat.

Di St. Petersburg dan Moscow, sistem Metro berada di bawah tanah.
Tak perlu keluar untuk menukar ke line atau platform yang lain. Cuma kadang-kala untuk menukar ke line yang dikehendaki, memerlukan pendakian tangga yang tinggi atau melalui lorong yang panjang.
Dan selagi tidak keluar dari stesen tersebut dan tidak melalui pintu turnstile kita tidak akan dicaj apa-apa.
So kalau nak merasa free rides dalam underground, just hop on and hop off diantara stesen. Hehe. Gila kan?
Refer sini untuk tahu lebih lanjut: St. Petersburg Metro Rules

Ada dua entrance/exit dari kawasan yang sama.
Nevsky Prospekt dan Gostiny Dvor.

Kenapa ada stesen dua nama (Dostoyevskaya dan Vladimirskaya)?
Bila dua line Metro bertemu, stesen akan mempunyai dua nama berlainan berdasarkan line yang dilaluinya.
Ada stesen yang mempunyai tiga nama kerana terdapat tiga line Metro bertemu di situ.
Contohnya Stesen Nevsky Prospekt (Line M2 - biru) juga dikenali sebagai Stesen Gostiny Dvor (Line M3 - hijau).
So, ada dua stesen dalam satu tempat. Pintu keluar lain-lain.



Sebaik sahaja keluar dari Stesen Metro.
Papan tanda ada simbol 'M' bermaksud Metro.

Keluar je dari stesen tersebut, kami terus ditemukan dengan Nevsky Prospekt yang luas.
Angin malam sepoi-sepoi bahasa. Walaupun musim panas, tak terasa pun bahang matahari baik waktu siang atau malam.
Jam menunjukkan hampir waktu 11 malam. Tapi suasana agak cerah seakan-akan waktu senja.
Inilah fenomena yang dipanggil White Nights, dimana waktu siangnya panjang. Kadang-kala juga matahari masih timbul selama 24jam! Ia juga digelar sebagai Midnight Sun
Tapi semasa trip kami ini, ia bukanlah masa kemuncak White Nights. Sipi-sipi.

Suasana di Nevsky Prospekt masih sibuk. Dipenuhi dengan orang-orang dan kereta yang tak putus-putus di jalan. Kami hanya berjalan dan berlegar menikmati langit yang biru berawan mendung. Angin sejuk yang nyaman membuatkan kami rasa agak lapar. Tapi tak sure kat mana kedai makan halal yang terdekat. McDonald's juga tak kelihatan.


Hampir tengah malam. Macam senja kan?
Masih ramai orang di jalanan.

Tak sampai sejam, kami pun decide untuk pulang ke hotel. Waktu bekerja Metro akan tutup tepat ditengah malam, iaitu pukul 12am. Sebenarnya lokasi hotel tidak jauh dari sini. Lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki. Disebabkan masing-masing tak sure dan takut sesat, kami bergegas ke stesen Metro tadi.
Tapi kalau saya yang sekarang, maybe saya akan mencuba nasib untuk berjalan kaki ke hotel.
Waktu itu, saya masih fresh dan teragak-agak memahami peta. Huhu.

Nasib kami baik. Sewaktu di Stesen Stesen Nevsky Prospekt/Gostiny Dvor, pintu gate besar pun tutup sebaik sahaja kami sampai. Fuhh! Cepat-cepat beli tiket dan terus melalui pintu turnstile. Kedengaran pulak bunyi metro sayup-sayup nak sampai. Apalagi, berlari kami menuruni tangga. Memang bernasib lagi. Itu adalah Metro terakhir. Masuk je dalam Metro, semua tergelak. 
Termasuklah beberapa orang Russian teenagers. Deme lagi hebat. Tak beli tiket terus melompat melepasi pintu turnstile. Waktu-waktu suntuk memang takde guards menjaga stesen agaknya. Takpun guards dah malas nak amik tahu. Orang muda...
Sampai di Stesen Sennaya Spasskaya pulak. Berlari juga kami mencari tangga ke line oren. Tapi metro tak sampai lagi. Ehehe. 
Kedengaran muzik berkumandang. Makcik-makcik cleaner mula bekerja. Tak takut hantu ke?
Ye la. Bangunan stesen rata-rata semua agak berusia. Memang sunyi kalau berseorangan.


Makcik cleaner. Ada kerja kosong tak agak-agak?
Kami tiba di hotel lewat tengah malam. Masuk dan terus tidur.
Sampai sekarang saya masih teringat-ingat suasana White Nights di Nevsky Prospekt. Rasa nak pergi lagi...

Trip ke Russia [2012] - Moscow, St. Petersburg dan Kursk

Assalamualaikum.
Trip ini nak dekat 3 tahun berlalu. baru sekarang rasa teringin nak post.
Sebab maybe pengalaman tersebut tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Eceh.


Gate G9 bounds for Domodedovo - Cairo International Airport

First of all, Russia trip adalah trip pertama saya menaiki kapal terbang dan trip pertama saya berseorangan.
Ha! Ramai kawan-kawan saya cakap pasal keberanian saya.
Tapi Allah je tahu macam rasa gementar waktu kat KLIA, Suvarnabhumi, Cairo sampai ke Domodedovo. Ya... Dah la first time. Ada empat transit pulak tue. Memang lama...

Saya memang tak tahu langsung pasal check-in ke, boarding ke...
Family saya bukan jenis travelling ke oversea sangat. Deme prefer lokal sightseeing.
Kawan-kawan yang terdekat pada waktu itu pun lagi la. Memang tak berminat pun nak travel.
So, apa saya buat 6 bulan sebelum tarikh berangkat?
Saya google habis-habis pasal Russia, boarding procedure, visa dan seangkatannya.
Tapi sebenarnya waktu planning (googling phase) la antara waktu yang best bagi saya.
Antara Malaysian blogs yang saya refer: Lalalaland dan Cherita Tentang Kita.

Domodedovo Airport


Kenapa Russia?
Boss saya tanya waktu saya nak amik cuti dua minggu. 
Sebenarnya saya ada kawan sekolah yang tengah belajar kedoktoran waktu tue. Dan tahun 2012 adalah tahun terakhir beliau disana.Sudah 2-3 tahun merancang untuk ke sana. Tapi keadaan (travel fund mostly) tak mengizinkan. Tapi setelah berfikir banyak kali dan kawan tue pun berkata yang beliau mungkin takkan kembali ke Russia setelah lapan tahun disana, saya fikir it's now or never. Eceh.
So, hujung tahun 2011 tue saya firm dengan decision nak pergi Russia.
Dan saya tak pernah menyesal walaupun saving habis dibawak keluar. Haha.
(Junior tech lagi waktu tue, gaji tak banyak mana...)


Dr Irene dan Dr Ain (Dalam Metro). Thanks for the memories.

Saya agak bernasib baik sebab kawan saya tue perempuan. (Kalau lelaki, memang mak tak kasi la.)
So, accommodation boleh share dan semasa di Kursk saya tinggal di apartment beliau.
Kami plan untuk travel pada musim panas sebab nak tengok white nights dan in conjunction dengan majlis konvokesyen beliau. Dan parents kawan tersebut juga akan turut serta on half of the trip.
Terima kasih, parents Ain. Memang banyak belanja makan!

Ain dan parents nya.
Dari DME Airport nak ke Paveletsky Vokzal  (pusat bandar),
menaiki Aeroexpress.


Few tips on Russia trips!
1. Currency adalah RUBLE (руб) almost sama dengan nilai RM waktu tue.
RUB 100 lebih kurang RM 10. Air mineral 500ml berharga lebih kurang RUB 15 (RM 1.50) camtu.
Tapi currency RUB sekarang macam dah turun. Almost half dari RM. (Nak pergi lagi ke...?)
2. Mostly Russian don't speak English. Younger generations maybe. Main language is Russkiy. (Bukan biskut atau megi ya). So, belajar la sedikit ayat-ayat asas. Spasibo, Dosvedanya, Nada, Skohlkuh? dan sebagainya.
Kawan saya Ain pun mengaku Russian dia agak berkarat sebab di Kursk tempat dia belajar ada ramai Malaysian. So she tends to speak slowly and as long as Russian faham. 
3. Selamat tak? 
Sepanjang trip saya disana selama 15hari, tiada pun kejadian tak diingini. Just diganggu orang (Tatar/Chuvash/Mongol ke?) sewaktu di metro station. Dia nak follow. Tapi kami ignore je. And they tends to stare sebab kami pakai tudung. Kalau kita stare balik pun deme tak segan. So saya selalunya senyum je. 


Arbatskaya Metro Station.
Di Moscow, transport utama adalah Metro.

Saya dan kawan saya Ain tue juga pernah berjalan di sekitar Moscow berdua saja. Selepas parents Ain berangkat pulang ke Malaysia. Tidak diganggu dan tak rasa takut pun. Tapi basic safety rules applied ya.
Jangan berjalan di tengah malam. Jangan pergi ke kawasan sunyi. 
Bagi saya, tudung pun memainkan peranan penting. Strangers di foreign countries macam takut nak kacau.
Orang Muslim memang dihormati sebab asas kita bagus dan perwatakan kita baik. So, kelakuan kita kena selalu dijaga. Huhu.
4. Nak pergi lagi ke?
Nak! Nak! Nak! Kalau saya dapat tiket flights free, memang nak pergi lagi. 
Perbelanjaan saya tidak la mahal. Hostel purata RM 100/semalam. Satu meal di McD purata RM 15. Cuma tiket flights mahal. Almost RM 3500 (returns). But in winters, harga tiket boleh dapat RM 2500.

Ok. 




Thursday, January 1, 2015

Trip ke Russia [2012] - St. Petersburg Part 1

Travel Period: Mid June 2012
Currency: RUB 100 = RM 9.80
Key-point: SAPSAN Ride, Nevsky Prospekt, Hotel Valeria

Pada hari ke-2 di bumi Russia, kami bergerak dari Moscow ke St. Petersburg menaiki high speed train 150mph SAPSAN (Сапсан).

Leningradsky Vokzal, Moscow > Moskovskiy Vokzal, St. Petersburg
Perjalanan 714km dalam masa 3jam 55min.
Harga tiket sehala pula RUB 2872 (RM 281.40) 

Haha! Memang agak mahal. Tapi merasa la jugak naik SAPSAN.
(Lebih kurang Japan's bullet train atau Malaysia's ETS?)
SAPSAN juga mempunyai seksyen sendiri di dalam Terminal Leningradsky.
Perlu juga melepasi metal detector dan pengawal.
Train SAPSAN juga berlepas tepat pada waktunya. Lambat, tinggal.
Kalau nak lebih info tentang masa dan sebagainya, refer blog ini: Seat61
* Vokzal = Rail Terminal

Ain dan ayah Ain, Jamalludin Jarjis... Haha. Bukan la.
Economy class - Satu meja dengan empat seat.

Tiket SAPSAN Train.
Make sure tarikh, destinasi dan masa dicetak dengan betul.

Kami sampai di St. Petersburg dalam pukul 7.30pm.
Setelah berpusing-pusing mencari pintu keluar (ya rata-rata terminal station di Russia memang luas), kami memutuskan untuk menaiki teksi menuju ke hotel. 
Cepat dan mudah.
Hotel pilihan kami, Hotel Valeria terletak berdekatan dengan Mokovskiy Vokzal di Nevasky Prospekt. Dalam sepuluh minit je.
Tapi better deal harga dengan teksi driver betul-betul. Dan lagi bagus kalau tahu jarak perjalanan antara terminal ke hotel. Tak salah saya, kami dikenakan hampir RM30 untuk perjalanan yang dekat. Cis!

===============
Hotel Valeria 
Address: Zagorodnyi Prospekt, 11, Saint Petersburg, Russia
Phone: +7 812 303-11-40
Price per night: RM190/2pax (standard double room)
Duration: 2 nights
===============

Pintu masuk Hotel Valeria di Tingkat 3.

Entrance hotel.
Bangunan ini seperti di kongsi dengan company lain. 

Macam inilah lebih kurang interior blik kami. Luar tingkap terus main street.
Malam-malam boleh dengar orang mabuk bernyanyi.
Tapi saya jenis boleh tidur kat mana-mana... Haha. - Ehsan Google
Secara amnya, Hotel Valeria nie biasa je. Saya pun bukan jenis menginap hotel mewah kalau travelling duit sendiri. Ahaha. Suasana hotel memang out-of-date. Tapi bersih dan kemas. Janji takde lipas. Kalau ada, diharap pihak hotel menyediakan Ridsect. 
Tapi ni cerita 2012. Mungkin pihak hotel telah menambah baik dari segi rupa dan interior hotel.

Oh ya. Bilik kami bukan ensuite. So, tandas di luar. Kena sharing. Bilik kami pula betul-betul depan shower room. Takde masalah menunggu lama pun sebab deme Russian jenis tak mandi pagi...


Inilah rupa shower room/space. Kecil tapi agak modern.
Tapi saya memang tak mahir nak adjust heater.
- Ehsan Google.

Staff di hotel ini sekeluarga. Family business agaknya.
Fascinated with RM 5 note.

Tangga dan elevator yang agak creepy.
Kelihatan elevator dalam jeriji yang selalu ada di bangunan-bangunan lama.


Next entry, white nights di St. Petersburg.
(Tapi orang lokal sana sebut Sank Peterburg...)

Trip Bajet ke Singapore [3d 2n] - Accommodation

Hostel backpackers bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan di Singapore. (Aha!)
Berlambak-lambak.
Saya telah menjumpai beberapa option yang agak menarik sewaktu mencari accommodation yang murah.
Antaranya: 5footway.innGreen Kiwi Backpacker dan Bunc@Radius Hostel.
Tapi kami telah memilih Shophouse, The Social Hostel sebab ia agak female-friendly.
Sbb thru website, most of the staff macam semua perempuan. Haha. 

================
Shophouse, The Social Hostel
Websites: http://www.shophousehostel.com/
Address: 48 Arab Street, Singapore 199745
Phone: +65 6298 8721

Email: ask@shophousehostel.com
================

Reception area. 

Hostel nie ada lima tingkat termasuk ground floor.
  + Ground floor - Reception / Cafe Working Title / Luggage Storage
  + 2nd floor - Mix dorm
  + 3rd floor - Female floor 
  + 4th floor - Mix dorm
  + Rooftop - Breakfast area, lounge, bilik PC.


View dari luar. Shophouse bermaksud rumah kedai.
Dalam bilik 8-beds dorm room. Ok la kan?
Stairways yang penuh dengan gambar penumpang hostel. 
Next time adalah gambar kami agaknya... Ehehe.
Rooftop Area. Tempat best bila breakfast.
Hostel nie jugak menyediakan free simple breakfast. Sampai 9am tak salah.
Kami yang amat mementingkan bajet, mengisi perut dengan roti dan minuman free.
Selai itu, ada kawan yang membawa extra instant bubur nasi. Terima kasih, Kak Anis!

Arab Street night view dari rooftop.
Lounge Area.
Arab Street dari belakang hostel.

Konklusinya, hostel ini antara hostel yang best pernah saya menginap.
Bersih dan selamat. Dan pertanyaan melalui email dibalas dengan cepat.
Cuma bangunan hostel tidak mempunyai lift/elevator. 
So, kena menggunakan tenaga untuk menaiki tangga ke bilik. 
Dinasihatkan jangan membawa luggage yang besar. Kerana menyusahkan.

Trip Bajet ke Singapore [3d 2n] - Itinerary dan Budget

Trip ke Singapore dengan hanya RM555!
Travel Period: Mar 13th-15th, 2014
Currency: SGD 1 = RM 2.56
Key-point: Arab Street, Universal Studio Singapore, Chinatown

Bersama rakan-rakan di hadapan The Globe.



Assalamualaikum.
My first travel log ever. Hah!

Mostly kawan di tempat kerja saya tak berminat dengan travelling.
Samada secara local atau ‘oversea’.
Tapi suatu hari (out of nowhere) deme bertanyakan pasal promo cheap flights.
Macam mana nak buat passport. Prosedur naik flight. Dan pengalaman travel saya yang tak seberapa. (Me being amateur and lack of travel fund. Donate, pls)
Then all hell broke loose. Eceh.
Deme mula bertanya lalu memaksa saya untuk membuat satu trip pendek which consists of flight experience, USS, my-first-passport syndrome dan yang paling penting MURAH.
So the googling phase began.

Dibawah ada itinerary ringkas berdasarkan memori saya.
Buku planner saya telah menghilangkan diri.

=====================================
Day 1
- Arrive at Changi Airport, Singapore (late afternoon)
- Take MRT to Arab Street
- Check in at Shophouse Social Hostel
- Stroll around the Arab Street

Day 2
- Take MRT to Universal Studio Singapore
- Spend hours at USS and Sentosa Island
- Back in hostel late in the evening

Day 3
- Check out from hostel
- Take MRT to Chinatown
- Buy cheap souvenirs and strolling around the Chinatown
- Take MRT to Changi Airport
- Arrive at LCCT, Malaysia (early evening)
=====================================


Rough budget per person
NO.
PERKARA
HARGA (RM)
1
Flights Ticket KUL-SIN-KUL (AirAsia)
- Basic flight fare: RM 153
- Add Pick-A-Seat option: RM 12/pax (pergi-balik)
- Add 20kg luggage option: RM 88/6pax (pergi-balik)
Bought in advance in AirAsia website
RM 179.70
2
Tiket Universal Studio Singapore
- SGD 10 meal voucher
- SGD 5 off souvenirs
- free parking
Bought in advance in PotoTravel website
RM 178.00
3
Shophouse The Social Hostel
- SGD 44 per pax
- 2 malam di 8-beds Female Dorm
Booking in advance in hostel website
RM 112.64

4
MRT Fare
1. Changi > Bugis Stn (Hostel) : SGD 1.65
2. Bugis Stn > HarbourFront (Vivo City Mall) : SGD 1.31
3. HarbourFront > WaterFront (Sentosa Island) : SGD 4.00
4. HarbourFront > Bugis Stn : SGD 1.31
5. Bugis Stn > Chinatown : SGD 1.03
6. Chinatown > Changi: SGD 1.83
Subtotal : SGD 11.13
RM 28.50
5
Meals
Day 1
- Murtabak Singapore dan Nasi Beriyani (SGD 22/3pax)
Day 2
- Voucher Meal di USS Madagascar Food Court (add SGD 3)
- Nasi campur di Arab Street (SGD 6)
Day 3
- Nasi Beriyani (SGD 6)
Subtotal : SGD 22. 40  
RM 57.34

TOTAL
RM 555.54

Ark! Lebih 54sen!
Anda boleh kurangkan bajet dengan tidak menambah bagasi 20kg.
Sebaliknya manfaatkan saja free 7kg cabin bag. 
Unless memang plan untuk bershopping sakan.


Nota Bawah:
Orang Malaysia tends to stay at Johor Bahru instead of Singapore semasa short trip mereka. Saya rasa ini agak membuang masa untuk berulang-alik antara Johor Bahru dan Sinagapore. Selain menghadapi trafik jam, kita juga akan membuang masa di Immigration. 
Saya tak suka dengan queue yang panjang. 
Common excuses macam tempat tinggal dan makan yang mahal boleh di hindarkan dengan hanya rajin mencari atau mengoogle.
Saya suka google-mengoogle.

Few tips though:
1. Jangan cari hotel yang mahal dan berbintang. Cuba cari hostel di lokasi tourist yang bagus. (Contoh: Arab Street, Chinatown, Bugis Street) 
Kebanyakan hostel di Singapore bersih dan baik layanannya. Lokasinya yang selamat dan tourist-friendly. (Signboard ada dimana-mana dan system public transport yang bagus)
Mostly orang Singapore agak helpful dan staff di MRT stations memang friendly dan approachable.

2. Selalunya bilik/dorm di hostel tidak disediakan bilk air dan tandas private. 
Kita kena berkongsi dengan orang lain. Selalunya di satu floor, ada dua tandas dan dua bilik air. Ini satu pengalaman baru backpacker’s style untuk orang-orang yg jarang travel. 
Memandangkan kami semua perempuan (6 orang), kami telah memilih untuk tinggal di female only floor. Untuk keselamatan dan keselesaan.
Jika ada bajet lebih, anda boleh memilih hostel yang mempunyai private room. Harga seorang untuk semalam di dalam lingkungan SGD 40. (RM100 lebih kurang) 
Tak banyak beza sangat dengan Malaysia, kan? So bagi saya better kita merasai pengalaman tidur di negara orang dan menikmati suasana malam.

3. Kita boleh dapat SGD 5 untuk satu meal.
Di Arab Street, kita boleh merasai Murtabak Singapore yang sedap ya amat. Seingat saya satu murtabak dalam SGD 12 yang boleh dikongsi seramai 4 orang. Potion memang besar. Serius. Dan saya jenis kuat makan. Heh.
Anda boleh google pasal tempat-tempat makan menarik yang halal di Singapore.
 e.g: http://thehalalfoodblog.blogspot.com/

Ok. That's all for now.
Saya akan berusaha keras untuk lebih banyak menulis.

2015 Resolution


Main objective: 
  To be more productive and kinder person. 

1. Start to write 
2. Make time to keep fit (walking/hiking) 
3. Less shopping, more saving 
4. Learn advance cooking 
5. Less complaining 
6. Less gossiping 
7. Learn basic sewing 
8. Read more books of Islamic history 
9. Will not easily get angry 
10. Learn not to overthinking

Most important thing, give more love to the family and be tolerant and spend more time.
Along's solemnization. May 2014.