Friday, January 2, 2015

Trip ke Russia [2012] - St. Petersburg Part 2

Travel Period: Mid June 2012
Currency: RUB 100 = RM 9.80
Key-point: Nevsky Prospekt, White Nights, St. Petersburg Metro

Sebaik sahaja kami menyegarkan diri setelah tiba di Hotel Valeria, kami pun bersedia untuk keluar. Ini pun on-the-spot decision sebab kami nak manfaatkan masa yang ada di St. Petersburg.
Kali ini ayah Ain tak ikut. Kaki sakit katanya.
So, bermula la langkah tiga orang gadis (?) ke sekitar Nevsky Prospekt.

Nevsky Prospekt adalah jalan besar utama di bandar St. Petersburg yang dirancang oleh Peter the Great pada awal kurun ke-18. Ia juga adalah jalan utama untuk ke Novgorod dan Moscow.
Apa itu Prospekt? 
Prospekt boleh didefinisikan sebagai jalan (street or avenue).
"Prospekt adalah jalan yang  luas, berbilang lorong serta lurus dan panjang di kawasan bandar. Istilah ini berasal dari Empayar Rusia." - Wikipedia.
Kalau di Manjoi, Jalan Orkid 2 (rumah saya) boleh digantikan dengan Orkid 2 Prospekt. Macam hebat je bunyinya. Ahaha.



Vladimirskaya Metro Station

Stesen Metro Dostoyevskaya/Vladimirskaya agak berdekatan dengan hotel kami. Dalam 5minit berjalan kaki. Peta untuk Metro di St. Petersburg boleh refer disini: St. Petersburg Metro Map.
Dari situ, kami menaiki Metro Line M4 (oren) dan berhenti di next Stesen Spasskaya. Kemudian, kami menukar ke Line M2 (biru) dan berhenti di next Stesen Nevsky Prospekt/Gostiny Dvor.

Stesen Dostoyevskaya/Vladimirskaya <naik> Metro Line M4 (oren) <berhenti di> Stesen Spasskaya <tukar ke> Metro Line M2 (biru)  <berhenti di> Stesen Nevsky Prospekt/Gostiny Dvor

Dua stesen dalam satu kawasan.
Signboard platform/line ada di setiap penjuru. So, tidak akan sesat.

Di St. Petersburg dan Moscow, sistem Metro berada di bawah tanah.
Tak perlu keluar untuk menukar ke line atau platform yang lain. Cuma kadang-kala untuk menukar ke line yang dikehendaki, memerlukan pendakian tangga yang tinggi atau melalui lorong yang panjang.
Dan selagi tidak keluar dari stesen tersebut dan tidak melalui pintu turnstile kita tidak akan dicaj apa-apa.
So kalau nak merasa free rides dalam underground, just hop on and hop off diantara stesen. Hehe. Gila kan?
Refer sini untuk tahu lebih lanjut: St. Petersburg Metro Rules

Ada dua entrance/exit dari kawasan yang sama.
Nevsky Prospekt dan Gostiny Dvor.

Kenapa ada stesen dua nama (Dostoyevskaya dan Vladimirskaya)?
Bila dua line Metro bertemu, stesen akan mempunyai dua nama berlainan berdasarkan line yang dilaluinya.
Ada stesen yang mempunyai tiga nama kerana terdapat tiga line Metro bertemu di situ.
Contohnya Stesen Nevsky Prospekt (Line M2 - biru) juga dikenali sebagai Stesen Gostiny Dvor (Line M3 - hijau).
So, ada dua stesen dalam satu tempat. Pintu keluar lain-lain.



Sebaik sahaja keluar dari Stesen Metro.
Papan tanda ada simbol 'M' bermaksud Metro.

Keluar je dari stesen tersebut, kami terus ditemukan dengan Nevsky Prospekt yang luas.
Angin malam sepoi-sepoi bahasa. Walaupun musim panas, tak terasa pun bahang matahari baik waktu siang atau malam.
Jam menunjukkan hampir waktu 11 malam. Tapi suasana agak cerah seakan-akan waktu senja.
Inilah fenomena yang dipanggil White Nights, dimana waktu siangnya panjang. Kadang-kala juga matahari masih timbul selama 24jam! Ia juga digelar sebagai Midnight Sun
Tapi semasa trip kami ini, ia bukanlah masa kemuncak White Nights. Sipi-sipi.

Suasana di Nevsky Prospekt masih sibuk. Dipenuhi dengan orang-orang dan kereta yang tak putus-putus di jalan. Kami hanya berjalan dan berlegar menikmati langit yang biru berawan mendung. Angin sejuk yang nyaman membuatkan kami rasa agak lapar. Tapi tak sure kat mana kedai makan halal yang terdekat. McDonald's juga tak kelihatan.


Hampir tengah malam. Macam senja kan?
Masih ramai orang di jalanan.

Tak sampai sejam, kami pun decide untuk pulang ke hotel. Waktu bekerja Metro akan tutup tepat ditengah malam, iaitu pukul 12am. Sebenarnya lokasi hotel tidak jauh dari sini. Lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki. Disebabkan masing-masing tak sure dan takut sesat, kami bergegas ke stesen Metro tadi.
Tapi kalau saya yang sekarang, maybe saya akan mencuba nasib untuk berjalan kaki ke hotel.
Waktu itu, saya masih fresh dan teragak-agak memahami peta. Huhu.

Nasib kami baik. Sewaktu di Stesen Stesen Nevsky Prospekt/Gostiny Dvor, pintu gate besar pun tutup sebaik sahaja kami sampai. Fuhh! Cepat-cepat beli tiket dan terus melalui pintu turnstile. Kedengaran pulak bunyi metro sayup-sayup nak sampai. Apalagi, berlari kami menuruni tangga. Memang bernasib lagi. Itu adalah Metro terakhir. Masuk je dalam Metro, semua tergelak. 
Termasuklah beberapa orang Russian teenagers. Deme lagi hebat. Tak beli tiket terus melompat melepasi pintu turnstile. Waktu-waktu suntuk memang takde guards menjaga stesen agaknya. Takpun guards dah malas nak amik tahu. Orang muda...
Sampai di Stesen Sennaya Spasskaya pulak. Berlari juga kami mencari tangga ke line oren. Tapi metro tak sampai lagi. Ehehe. 
Kedengaran muzik berkumandang. Makcik-makcik cleaner mula bekerja. Tak takut hantu ke?
Ye la. Bangunan stesen rata-rata semua agak berusia. Memang sunyi kalau berseorangan.


Makcik cleaner. Ada kerja kosong tak agak-agak?
Kami tiba di hotel lewat tengah malam. Masuk dan terus tidur.
Sampai sekarang saya masih teringat-ingat suasana White Nights di Nevsky Prospekt. Rasa nak pergi lagi...

7 comments:

  1. terima kasih Faten kerana sudi follow blog sis JM..i'm follow u back :-)

    Russia? wahh...hebat kerana dah jejak kaki ke sana..sis JM? huhuh...tunggu tabung travel penuh dulu lah agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho. Saya memang peminat blog sis JM.
      Erm. Pegi Russia memang best. Tapi sis JM lagi hebak! Banyak tempat dah pergi...
      Suatu hari nak ikut pergi travel! Hehe.

      Tahun nie tiba-tiba rajin pulak nak buat travel blog. Ehehe.
      Kena bukak balik kitab travel lama-lama. Tak banyak pun.
      Mintak tunjuk ajar eh sis.

      Delete
  2. singgah lagi di sini tetapi masih tiada entri baru huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahh. saya memang pemalas. draft banyak tapi tak cukup info lagi. haha.
      tenkiu sebab remind.

      Delete
  3. pehhh Russia ker?? belum pernah terfikir nak ke sana... tapi kalau nak pegi jugak mungkin nak buat naik keretapi Rentas Siberia yg masyhur tu... dulu katanya ada AA ke Vladivostok... tapi senyap jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. saya pun tak pernah terfikir nak ke sini. alhamdulillah.
      plan asal nak naik AA ke Beijing. Pastu pegi moscow naik train ikut Trans-Mongolian line. ingatkan nak jimat (ye ke jimat?) dan nak extra adventure/pengalaman.
      tapi tak confident sebab time tue sorang je. perempuan pulak. haha.
      lastnya naik UzbekAir je. InsyaAllah ada rezeki, boleh try travel naik train. amin.

      Delete