Saturday, February 7, 2015

Trip ke Russia [2012] - St. Petersburg Part 3

Travel Period: Mid June 2012
Currency: RUB 100 = RM 9.80
Key-point: Neva River, Hermitage, St. Petersburg Metro



Zagorodniy Prospekt di pagi hari.
Berdekatan dengan stesen metro. Kelihatan makcik yang agak creepy.

Hari kedua di St. Petersburg, kami plan untuk jalan di sekitar bandarnya.
Kami breakfast ala kadar di hotel dan bergerak keluar sekitar pukul 10am.
Oh ya. Cerita pasal breakfast. Setelah tiba ke hotel malam semalam, staff hotel tersebut cepat-cepat menahan kawan saya Ain.
Dengan kelam kabut dia bertanya dan Ain menjawab tenang. Kelihatan agak serious. 
Setiba di bilik, Ain menerangkan yang bro tadi nak make sure samada kami ini beragama Islam. Melihatkan kami memakai tudung sepanjang masa.
Ini kerana breakfast selalunya disediakan hidangan western styles camtu.
(Usually bacon or ham kot.)
Dia bertanyakan lagi selain pork, ada benda lain tak yang kami tak makan. So Ain menerangkan secara pendek dan kami di ibarat seperti vegetarian. Hah! Vegie sangat. 
Sebenarnya kami tak mengharapkan breakfast di hotel sepanjang di Russia nie.
Meggie, check. Roti, check. Sambal ikan bilis, check.
Tapi staffs di Hotel Valeria ini memang baik.
Esok pagi kami dihidangkan pastry berintikan strawberry bersama yogurt drinks.

Sedap kuih/pastry nie. Entah apa namanya.

Destinasi pertama kami adalah Alexdrovsky Garden.
Taman ini dinamakan semperna Raja Alexander II of Russia yang mahukan lebih 50 jenis spesis pokok di tanamkan disini.
Untuk ke sini, kami perlu menaiki metro dan berhenti di Nevasky Prospekt.
Stesen Dostoyevskaya/Vladimirskaya <naik> Metro Line M4 (oren) <berhenti di> Stesen Spasskaya <tukar ke> Metro Line M2 (biru)  <berhenti di> Stesen Nevasky Prospekt


Alexdrovsky Garden

Monumen Alexander Gorchakov (statesman) di Alexdrovsky Garden

Alexdrovsky Garden ini terletak lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari Metro Station Nevasky Prospekt. Ia juga terletak berhampiran Palace Square dan The Admiralty.

Seterusnya kami berjalan menuju ke Neva River yang berdekatan dengan Alexdrovsky Garden.
Kira-kira 10-5 minit berjalan sambil melihat pembangunan di St. Petersburg.
Mujur kami tak lupa bawak payung disebabkan cuaca di St. Petersburg tak predictable.
Hujan akan turun tiba-tiba namun singkat (lebih kurang 10 minit). 
Sepanjang hari tersebut kami merasai 4 kali hujan lebat yang singkat, berkali-kali hujan gerimis dan sekali hujan lebat yang panjang.


Rostral Columns bersebelahan dengan The Exchange Building (kini Naval Museum).
Ia dibina sebagai tanda isyarat dan arah (rumah api?) untuk kapal-kapal di waktu malam yang panjang.

The Admiralty di Neva River Embankment.
Payung putih yang banyak berjasa. Terima kasih mak Ain for lending it.

Setiba di Neva River, kami memilih untuk menaiki boat sambil menikmati pemandangan bandar St. Petersburg.
Seingat saya tiket seorang berharga RM30.


Menuju ke booth ticket.
Aye, aye Chief!
Melalui jambatan dan bangunan cantik di St. Petersburg.
Abandoned building, agaknya.
Gambar kurang enak. Tangkapan camera handphone Sony Ericsson W550. Haha.

Summer Palace of Peter the Great

Bot yang dinaiki mempunyai dua deck. Satu di atas tanpa bumbung dan satu di dalam.
Pada awalnya, semua penumpang duduk di atas untuk menikmati pemandangan.
Sepanjang perjalanan bot tersebut (hampir satu jam), kami diiringi dengan narrator oleh tour guide. Dalam Ruskiy...haha. Memang tak faham. Tapi yang amat mengagumkan, beliau boleh bercakap tanpa henti! Seolah-olah membaca skrip yang panjang. 
Diakhir tour itu, miss ttour guide diberi tepukan gemuruh. Jika bukan disebabkan pengetahuannya, ia mungkin disebabkan kebolehannya bercakap tanpa henti. Haha.

Seat di atas boat yang kekosongan kerana hujan lebat.

Setelah itu kami meneruskan perjalanan kami ke Hermitage Museum.
Ia adalah salah sebuah museum seni dan budaya yang lama (circa 1764).
Terdapat enam bangunan bersejarah di museum tersebut.
Lima darinya dinamakan: Winter Palace, Small Hermitage, Old Hermitage, New Hermitage dan Hermitage Theatre. 
Untuk memasuki museum, kita perlu pergi ke Winter Palace untuk membeli tiket.
Di hari tersebut, orang ramai kelihatan beratur. Memakan masa lebih kurang sejam jugalah menunggu.
Nasib baik cuaca tidak panas. Mendung dan diselang-seli dengan hujan gerimis.


Queue yang panjang untuk memasuki Hermitage Museum. 

Harga tiket dewasa adalah RUB 400 (Lebih kurang RM40)
Dibuka setiap hari (kecuali diberitahu) pada pul 10.30am ke 6.00pm.
Seingat saya, kami tidak dibenarkan menangkap gambar di dalam museum tersebut. Jika ada pun, mungkin curi-curi (Ya, ini tindakan tidak sopan.)
Tetapi interior di dalam museum memang hebat dan membuatkan saya banyak kali terganga.
Maybe saya ini kali pertama saya memasuki museum seperti ini. Agaknya di Europe, museum seperti ini adalah biasa.


Throne Room - Ikhsan Google.


Staircase yang cantik - Ikhsan Google.

Setiap seksyen/bilik mempunyai pamerang yang berbeza dan interior yang unik.
Disini, setiap seksyen/bilik dijaga oleh seorang makcik sebagai info guide.
Seperti yang diberitahu oleh Ain, negara Russia memberi peluang pekerjaan sebegini kepada warga emas yang mahu bekerja. Pekerjaan yang agak mudah seperti penjaga kaunter tiket, kaunter informasi dan sewaktu dengannya. Bagus ya.

Bird-eye view Winter Palace, sebahagian dari Hermitage Museum.
Memang besar dan luas. - Ikhsan Google.

Setelah berjam-jam mengelilingi museum yang amat luas ini, kami pun keluar untuk melihat Palace Square.
Palace Square terletak bersebelahan dengan Hermitage Museum dan hanya beberapa meter dari Nevsky Prospect, jalan utama bandar. The Palace Square terbentuk pada zaman Alexander I.
Ia terdiri daripada Winter Palace (1764), istana ini gaya baroque  dan pernah berkhidmat sebagai kediaman diraja rasmi raja-raja Rusia. Kini ia adalah sebahagian daripada Hermitage Museum.
Dihadapan Winter Palace dari hujung selatan dataran ialah General Staff Building. Berbentuk seperti arc, bangunan Empire-style telah direka oleh arkitek Itali Rossi. 
Main point pula adalah Alexander Column yang diperbuat daripada batu granit merah tunggal setinggi 47 meter dan berat lebih 500 tan.
Sebelah timur Palace Square ialah Guards Corps Headquarters dibina oleh arkitek Russia Bryullov.
Disebelah barat pula ialah jalan menuju ke Nevsky Prospect dan kompleks The Admiralty.

Palace Square juga kaya dengan sejarah dimana berlakunya kejadian hebat seperti Bloody Sunday of 1905 dan Bolshevik Revolution of 1917.



Palace Square di hadapan Winter Palace.
Dua gadis Russian yang memberi free hugs. TATU, siapa tahu?
Palace Square yang luas.
Kelihatan Alexander Column dan bangunan Guards Corps Headquarters.

Sebelum pulang ke hostel, kami singgah di McDonalds untuk mengisi perut.
Sepanjang di bumi Russia, lebih sepuluh fish fillet telah saya 'ngap'. Itu je yang kami yakin.
Owh. Dengan apple pie.


Side note: 
Baru-baru ini saya mencari maklumat tambahan mengenai Hermitage Museum.
Baru saya tahu didalam museum ini terdapat koleksi seni yang memang famous! Van Gogh, Piccaso, Monet, Renoir dan da Vinci. Saya bukan peminat seni, so memanglah tak tahu. Maybe saya ada melihat lukisan-lukisan mereka, tetapi saya pasti terlepas pandang atau just take them for granted, Haeh.
Kalaulah saya ada mencari sedikit info sebelum berangkat ke Russia, at least saya akan memastikan dengan betul lukisan-lukisan tersebut dengan mata saya sendiri.
Dan menambahkan lagi ilmu berharga bila menceritakan kembali pengalaman ke bumi Russia. 
Pengajaran untuk diri sendiri: 
Buat homework sendiri walaupun mengikuti tour dengan orang lain. 

No comments:

Post a Comment