Sunday, February 8, 2015

Trip ke Russia [2012] - St. Petersburg Part 4

Travel Period: Mid June 2012
Currency: RUB 100 = RM 9.80
Key-point: Nevsky Prospekt, Griboedov Canal, Church of Our Savior on Spilled Blood, Trolley Bus, Kazan Cathedral, Souvenirs Market


Cathedral of Our Lady of Kazan / Kazan Cathedral

Hari ini adalah last day kami di St. Petersburg.
Petang nanti kami akan naik train ke Kursk, tempat dimana Ain belajar menjadi doktor.
Perjalanan selama 18jam didalam train akan diceritakan di next post, insyaAllah.
(Yela. Yang ini pun saya malas tulis. Haeh.)


Attraction hotspots di  area Neva River dan Nevsky Prospekt - Ihsan Google

Pagi itu kami keluar menuju ke Nevsky Prospekt...lagi.
Jalan tersebut sememangnya luas dan dipenuhi dengan tourist attraction.
Lagipun kekangan masa menyebabkan kami tak boleh explore lebih jauh.

Destinasi pertama, Church of Our Savior on Spilled Blood. 
Pergh. Nama pun dah agak panjang nak sebut. 
Ia juga dikenali sebagai Church on Spilt Blood atau Cathedral of the Resurrection of Christ.
Church ini terletak diantara Nevsky Prospekt dan Neva River.
Kami turun di Metro Station Nevsky Prospekt.


Griboedov Canal dan nun kelihatan Church of Our Savior on Spilled Blood.

Lalu kami berjalan kaki menyusuri Griboedov Canal.
Terusan yang kecil ini mengalir di tengah bandar St. Petersburg. Walaupun ia hanya 5km panjang, namun ia mengalir melalui lebih daripada 21 jambatan yang kebanyakannya khusus untuk pejalan kaki.


Kokushkin Bridge, salah satu jambatan kecil diatas Griboedov Canal.

Cuaca pagi yang agak gloomy memang membuatkan hati saya senang. Tiada panas, tiada peluh. Ehe.
Terdapat lebih dua bridge kecil merentasi Griboedov Canal. Dan kami akan berhenti untuk menangkap gambar di setiap bridges tersebut. (wikipedia)
Ah! Kalaulah saya ada inisiatif untuk menulis/mencatat setiap landmarks yang saya jumpa, mesti pengalaman ini lebih bermakna dan penceritaan saya akan lebih jelas.


Church of Our Savior on Spilled Blood

Dari sebelah tepi.
Church on Spilt Blood dibina sekitar 1900 untuk memperingati Tsar Alexander II yang telah dibunuh di kawasan itu.
Dikatakan kereta kuda dirajanya telah dibaling dengan bom oleh sekumpulan revolutionaries pada tahun 1881.
Kami decide untuk tidak masuk ke dalam church kerana tidak pasti samada ia telah menjadi fully-operated as museum atau masih aktif sebagai gereja. So, kami hanya strolling around sambil menangkap gambar.


Dihadapan pintu masuk Souvenirs Market.

Berdekatan dengan Church, kelihatan sebuah market menjual souvenirs.
Ikutkan agak mahal memandangkan ini adalah tourist hotspot.
So, kami tak borong souvenirs. Just beli trinket untuk diri sendiri.


Deretan Matryoshka Dolls (souvenirs paling famous di Russia) di Souvenirs Market.
Hampir tengahari tetapi cuaca masih sejuk.

Tedapat kamera filem Smena keluaran Soviet Union dan pelbagai jenis binoculars.
Saya sempat grab satu Smena 8M. Hehe.

Ayah Ain mencuba topi askar Soviet Union.

Pakcik lokal yang tahu Kuala Lumpur dan Malaysia. 

Setelah itu, kami berjalan menyusuri Griboedov Canal lagi tetapi di opposite walkway. 
Cuaca tengahari agak suam-suam kuku. Hehe.
Kelihatan dihadapan adalah Our Lady of Kazan Cathedral dan Singer House.
Masa suntuk, jadi kami tidak berpeluang untuk masuk ke sini.
Sebenarnya memang banyak lagi tourist hotspot yang menarik di sekitar Nevasky prospekt.
Jika kami dapat plan dengan betul, dalam masa dua hari ini sudah agak memadai untuk melihat lebih banyak tempat lagi.
Tapi ini cerita kesalan tiga tahun dahulu dimana kami masih traveller yang mentah.
Sekiranya diberi peluang, saya akan tinggal lebih lama di St. Petersburg dan berjalan di waktu malam menikmati White Nights.


Menyusuri Griboedov Canal sewaktu pulang.

Kazan Cathedral dan askar Russian.
Cathedral ini dibina pada awal tahun 1800.

 Singer's House yang kini adalah kedai buku yang popular iaitu House of Books.

Sebelum pulang ke hotel, kami ada menaiki trolley bus. Akan tetapi saya tidak ingat nama bus stop dimana kami naik dan turun di sepanjang Nevsky Avenue. Perjalanan bas singkat itu hanya memakan masa 10minit. Kami berhenti di deretan bangunan besar untuk makan lewat tengahari di McDonalds.


Trolley bus disekitar Nevsky Avenue - Ihsan Google.
Disebelah adalah empat tiket trolley bus yang saya simpan. Unik kan?
Satu tiket bernilai RUB 23 (23 sen?!).

Papan tanda Pepsi di sebuah bangunan di Nevsky Prospekt.
Salah satu gambar favourite saya.

Setelah tiba di hotel, kami berkemas untuk pulang. Kali ini disebabkan beg yang besar dan tidak mahu keletihan, kami bercadang menaiki teksi untuk ke Mokovskiy Vokzal, stesen keretapi untuk ke Kursk.
Train kami akan bergerak ke Kursk pada pukul 3 petang.
Tamat sudah bahagian St. Petersburg.
Sila baca post seterusnya mengenai Kursk pula. Yay!


2 comments:

  1. Wow...keren ya pemandangan di Rusia bikin saya takjub, secara saya belum pernah going abroad, just enjoy pemandangan di Indonesia...hope next time I'll going abroad...thanks for nice article...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kaseh.
      saya pun bermula lambat untuk aktiviti travelling nie.
      travel funding selalu menjadi issue bagi saya. (-___-") haha.
      tapi once you've started, you will never stop. huhu.
      saya doakan kita akan berpeluang untuk pergi lebih jauh. amin.

      Indonesia memang luas dan banyak sightseeing spot yang chantek.
      Lucky you!

      Delete