Friday, January 2, 2015

Trip ke Russia [2012] - Moscow, St. Petersburg dan Kursk

Assalamualaikum.
Trip ini nak dekat 3 tahun berlalu. baru sekarang rasa teringin nak post.
Sebab maybe pengalaman tersebut tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Eceh.


Gate G9 bounds for Domodedovo - Cairo International Airport

First of all, Russia trip adalah trip pertama saya menaiki kapal terbang dan trip pertama saya berseorangan.
Ha! Ramai kawan-kawan saya cakap pasal keberanian saya.
Tapi Allah je tahu macam rasa gementar waktu kat KLIA, Suvarnabhumi, Cairo sampai ke Domodedovo. Ya... Dah la first time. Ada empat transit pulak tue. Memang lama...

Saya memang tak tahu langsung pasal check-in ke, boarding ke...
Family saya bukan jenis travelling ke oversea sangat. Deme prefer lokal sightseeing.
Kawan-kawan yang terdekat pada waktu itu pun lagi la. Memang tak berminat pun nak travel.
So, apa saya buat 6 bulan sebelum tarikh berangkat?
Saya google habis-habis pasal Russia, boarding procedure, visa dan seangkatannya.
Tapi sebenarnya waktu planning (googling phase) la antara waktu yang best bagi saya.
Antara Malaysian blogs yang saya refer: Lalalaland dan Cherita Tentang Kita.

Domodedovo Airport


Kenapa Russia?
Boss saya tanya waktu saya nak amik cuti dua minggu. 
Sebenarnya saya ada kawan sekolah yang tengah belajar kedoktoran waktu tue. Dan tahun 2012 adalah tahun terakhir beliau disana.Sudah 2-3 tahun merancang untuk ke sana. Tapi keadaan (travel fund mostly) tak mengizinkan. Tapi setelah berfikir banyak kali dan kawan tue pun berkata yang beliau mungkin takkan kembali ke Russia setelah lapan tahun disana, saya fikir it's now or never. Eceh.
So, hujung tahun 2011 tue saya firm dengan decision nak pergi Russia.
Dan saya tak pernah menyesal walaupun saving habis dibawak keluar. Haha.
(Junior tech lagi waktu tue, gaji tak banyak mana...)


Dr Irene dan Dr Ain (Dalam Metro). Thanks for the memories.

Saya agak bernasib baik sebab kawan saya tue perempuan. (Kalau lelaki, memang mak tak kasi la.)
So, accommodation boleh share dan semasa di Kursk saya tinggal di apartment beliau.
Kami plan untuk travel pada musim panas sebab nak tengok white nights dan in conjunction dengan majlis konvokesyen beliau. Dan parents kawan tersebut juga akan turut serta on half of the trip.
Terima kasih, parents Ain. Memang banyak belanja makan!

Ain dan parents nya.
Dari DME Airport nak ke Paveletsky Vokzal  (pusat bandar),
menaiki Aeroexpress.


Few tips on Russia trips!
1. Currency adalah RUBLE (руб) almost sama dengan nilai RM waktu tue.
RUB 100 lebih kurang RM 10. Air mineral 500ml berharga lebih kurang RUB 15 (RM 1.50) camtu.
Tapi currency RUB sekarang macam dah turun. Almost half dari RM. (Nak pergi lagi ke...?)
2. Mostly Russian don't speak English. Younger generations maybe. Main language is Russkiy. (Bukan biskut atau megi ya). So, belajar la sedikit ayat-ayat asas. Spasibo, Dosvedanya, Nada, Skohlkuh? dan sebagainya.
Kawan saya Ain pun mengaku Russian dia agak berkarat sebab di Kursk tempat dia belajar ada ramai Malaysian. So she tends to speak slowly and as long as Russian faham. 
3. Selamat tak? 
Sepanjang trip saya disana selama 15hari, tiada pun kejadian tak diingini. Just diganggu orang (Tatar/Chuvash/Mongol ke?) sewaktu di metro station. Dia nak follow. Tapi kami ignore je. And they tends to stare sebab kami pakai tudung. Kalau kita stare balik pun deme tak segan. So saya selalunya senyum je. 


Arbatskaya Metro Station.
Di Moscow, transport utama adalah Metro.

Saya dan kawan saya Ain tue juga pernah berjalan di sekitar Moscow berdua saja. Selepas parents Ain berangkat pulang ke Malaysia. Tidak diganggu dan tak rasa takut pun. Tapi basic safety rules applied ya.
Jangan berjalan di tengah malam. Jangan pergi ke kawasan sunyi. 
Bagi saya, tudung pun memainkan peranan penting. Strangers di foreign countries macam takut nak kacau.
Orang Muslim memang dihormati sebab asas kita bagus dan perwatakan kita baik. So, kelakuan kita kena selalu dijaga. Huhu.
4. Nak pergi lagi ke?
Nak! Nak! Nak! Kalau saya dapat tiket flights free, memang nak pergi lagi. 
Perbelanjaan saya tidak la mahal. Hostel purata RM 100/semalam. Satu meal di McD purata RM 15. Cuma tiket flights mahal. Almost RM 3500 (returns). But in winters, harga tiket boleh dapat RM 2500.

Ok. 




2 comments:

  1. Wah seru ya trip-nya, it's very nice trip...I am very glad to read your post...salam kenal, terima kasih sudah berkunjung di blog saya

    ReplyDelete