Monday, February 8, 2016

Western Australia Spring Trip 2015: King's Park, Perth CBD dan Fremantle


Pukul 7am, siap-siap then breakfast. Hari dah terang macam pukul 9-10am.
Rasa macam terlambat sangat dah pun sebab masih mindset cuaca Malaysia.
Padahal, baru tiga hari pun. Haha.

So, pukul 8am kami start bergerak. Itinerary hari ini:
1) Kings Park and Botanic Garden, West Perth
2) Perth CBD (Central Business District)
3) Fremantle
Nampak ringkas tapi sebenarnya makan masa jugak.
Pekan Fremantle tak jauh pun dari Perth. Dalam setengah jam atau 25km jaraknya.
Tapi perlu diambil kira kesesakan lalu lintas dan 'kesesatan' mencari tempat parking yang sesuai.


Kings Park

Kings Park adalah satu taman yang luas, terletak ditengah bandar Perth.
Sebab masih awal, kami drive pusing-pusing satu taman.
Terdapat beberapa section kat sini. Ada taman botani, jogging trail melalui bushland, driveway yang dipenuhi pokok-pokok tinggi.
Dua kali juga pusing sebab nak cari spot parking yang menarik.


Beberapa section di dalam Kings Park




Kami decide untuk parking di area May Drive (bertanda bintang biru dalam map di atas).
Memang cantik sebab boleh tengok macam-macam jenis wildflowers (terdapat lebih 2000 spesis!), Memorial Perang dan Pokok Boab yang besar. Facilities seperti tandas dan cafe pun ada.
Area sini pun tempat local berpiknik. Weekend lepak-lepak santai dengan family dan kawan-kawan.
Kalau ada masa, boleh spend untuk explore lebih jauh.
Sebab ada ternampak satu lookout point yang menarik, overlook Swan River.
Tapi tak ingat kat area mana. Huhu.
 More info: Botanic Gardens and Parks Authority dan Experience Perth


State War Memorial dan Perth Water (salah satu bahagian Swan River)

Western Australia Botanic Garden



Pemandangan bandar Perth dari King's Park



Parking di Perth CBD
Dalam pukul 9.30am, kami bergerak ke Perth CBD.
Memang jalan agak santai sebab hari Sabtu barangkali. Tak jauh pun dari Kings Park; dalam 5-10 minit driving.
Tapi! Agak unlucky sebab ada construction besar-besaran dijalankan pada weekend tersebut.
So, certain main roads ditutup. Kami pusing-pusing banyak kali sebab plan nak parking berdekatan dengan Hay Street atau London Court.
Parking pulak ada banyak jenis. Ada bangunan khas untuk parking, street dan open-air parking.
Semua diuruskan oleh CPP; City of Perth Parking.
Kalau nampak signboard CPP tue, maksudnya boleh la parking kat situ.
Tapi! Rate dan tempoh masa di setiap area berbeza. Kalau area di jalan-jalan utama selalunya diberi had masa sejam sahaja. Maybe untuk urusan yang sekejap seperti penghantaran barang.
Ada juga had masa suku jam! Ini untuk toilet break agaknya.

Contoh rate dan tempoh masa parking di Perth


Contoh mesin tiket parking dan tiket parking

Kiri: Gambar mesin tiket parking ini adalah untuk street-parking atau di bahu jalan.
Macam kereta merah tue. Maximum 1 jam sahaja dengan rate AUD 4.30/per hour.
Tak sure pulak kalau kita boleh berterusan 2-3 kali beli tiket untuk space yang sama.
Parking di area khas atau di bahu jalan, walaupun sebelah-menyebelah lain mesin tiketnya.
So, make sure mana satu mesin yang betul. Jangan pulak parking ditempat khas (open-air atau covered bay), tapi beli tiket di mesin parking bahu jalan punya. Rate lain-lain taw.

Senang je nak bayar parking.
1) Pilih cara bayaran (duit syiling atau kad kredit atau parking card)
Kalau duit syiling, masukkan terus. Ada coin bernilai AUD2 taw.
2) Pilih tempoh parking
Kalau AUD 3.30/per hour dan plan nak parking dua jam, masuklah duit syiling sebanyak AUD 6.60
Tiada baki ya. So, masuklah duit cukup-cukup.
3) Tekan button 'Confirm'
4) Ambil tiket yang dicetak keluar
5) Letakkan tiket di dashboard untuk dipamerkan

Kanan: Tiket parking yang jelas ditulis tarikh dan masa parking tamat.

Ada setengah tempat parking ditawarkan discount hari minggu atau daily rate yang murah. Selalunya bukan terletak di jalan-jalan utama. Kena menapak sikit la.
Info lebih lanjut: City of Perth Parking
Mula-mula sampai risau jugak sebab tak faham dengan peraturan parking di Perth nie.
Di Kings Park tadi takde pula bayaran... Weekend kot.
Tapi bila dah baca sign-sign yang terpamer dekat area parking, baru faham sikit.
No wonder setengah orang prefer naik public transport je ke area CBD.  



Pelajar-pelajar university... ya ka?


Pagi Sabtu yang lengang



Salvation Army building which has turned into a Warehouse Apartment (AirBnB)


Tak lama pun spend masa di sini.
Maybe sebab letih berjalan kaki dari tempat parking.
Sekitar jam 10-11am, cuaca agak panas dan agak ramai orang di area CBD nie.



Sekitar London Court




Hay Street


   
Kat sini kita boleh tengok banyak cafe-cafe dan kedai-kedai yang dipelopori oleh local people. Ada juga kedai souvenirs, tapi agak pricey. Tapi! Barang yang dijual lebih berkualiti dan locally made. Most of souvenirs shops yang murah selalunya menjual produk made-in-China.
Memang agak tempting nak beli. Tapi percayalah. Unless memang untuk personal collection atau korang memang tak kesah nak spend duit untuk souvenirs, silakan.
Sebab ada alternatif lain yang provide cheaper souvenirs and produk. Iaitu E-Shed Market di Fremantle.


Fremantle Harbour


Fremantle adalah sebuah bandar pelabuhan ataupun port city.
Western Australia memang ada banyak port city yang cantik, sistematik dan dijaga dengan baik. Terdapat juga Free CAT Bus servis di bandar Fremantle kalau nak merasa naik public transport.
More info: Free CAT Bus in Fremantle
Untuk trip kali nie, kami tak spend masa yang banyak di Fremantle.
Kami lebih tertumpu di area Waterfront District yang kini dikenali sebagai Victoria Quay.
Next time (InsyaAllah), kami plan untuk spend more time untuk explore bandar Fremantle yang banyak dengan peninggalan sejarah yang menarik seperti bangunan lama.


E-shed Market

E-Shed Market adalah bangunan warehouse lama di tengah Fremantle Port, Victoria Quay.
Ia juga berdekatan dengan Railway Station, Fremantle Maritime Museum dan Rottnest Ferry Terminals. 
Shed bermaksud bangsal. Selain E-Shed, ada juga bangunan lain berdekatan di Fremantle Port yang dinamakan A-Shed, B-Shed (cargo awam), C-Shed sehinggalah F-Shed.
Mostly mereka digunakan untuk perkhidmatan perkapalan, terminal jeti dan segala yang berkaitan dengan perlabuhan.


B-Shed Ferry Terminal; opposite E-Shed

Disini ada disediakan servis ferry ke Rottnest Island




Megabes di E-Shed Market
  

Memang E-Shed tempat membeli souvenirs yang best.
Sebab harga yang ditawarkan agak reasonable dan boleh di-bargain.
Especially kedai yang famous dikalangan bloggers-travellers Malaysia; Megabes Product.
Dieorang siap bagi extra discount kalau kita mention yang kita dapat info kedai ini dari blog.
E-shed Market ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Tetapi seperti yang dinasihatkan oleh Haji Yon; seeloknya pergi pada hari Sabtu dan Ahad.
Kerana almost all of the kedai buka pada hari weekend. 



Kaili's Fish Market Cafe, Fremantle

Disebabkan sudah tiba lunch time, kami terus menuju ke Kaili's Fish Market Cafe.
Kaili's nie berdekatan je dengan Cicerello's.
Dua-dua restoran nie famous dengan Fish and Chips dengan option seafood yang lain.
Kat luar Kaili's dah ada banner with menu and price.
So, kami dah berkira-kira nak makan apa. As usual, separuh cari dan chop lokasi makan yang strategik (selalu nya kat luar kedai sebab ada view. heh) dan separuh team lagi order makanan.
Sebab tengok potion makan pun besar, kami decide untuk tidak tamak.











Seafood Platters




 
Overall, memang sedap Fish & Chips nya


Honestly, saya tak ingat berapa kami spend untuk makan kat sini.
Tapi tak lebih AUD 150 (+/- RM 450) untuk lapan orang makan. So, agak berbaloi.
Ada dua set Seafood Platter, tiga set Fish & Chips dan air mineral berbotol-botol.
Air minuman kat Western Australia agak mahal. Sebotol air mineral 1.5liter dalam AUD 3-4 (+/- RM 12). Compare to harga makanan ringan mcam roti, chocolate dan jajan yang kita boleh dapat dalam AUD 1-3 (+/- RM 9), so bagi saya harga air minuman bit pricey.
Kalau nak berjimat, boleh bawak air minum sendiri.


Selesai makan, kami decide untuk pusing-pusing bandar Fremantle sebelum pulang ke homestay.
Sebaiknya datanglah ke Fremantle pada hari minggu sebab suasana lebih meriah dan certain kedai hanya beroperasi pada hari minggu; especially E-Shed Market.
Kalau berkesempatan, cari parking kereta di tempat bersesuai dan cuba self-guide walking tour and photoshoot sekitar bandar Fremantle.
Sebab kat sini, jarak diantara attractions tidaklah terlalu jauh.
Info: Fremantle Walking Trails / Wikipedia


Ball and Chain Pub; dahulunya sebuah warehouse yang menempatkan 75 orang penjenyah terawal di Fremantle


Bangunan yang dijadikan warehouses sewa di Fremantle

Not sure bangunan apakah ini...

Tourist Wheel di Esplanade Park, Fremantle

Laluan keretapi

Fremantle Railway Station


1 comment:

  1. assalam.nak tanya cik sewa kereta dari company mana ye?tq

    ReplyDelete