Saturday, November 28, 2015

Western Australia Spring Trip 2015: Visa or ETA

Perth International Airport 




Ok. Seperti yang kita semua taw, untuk memasuki Australia tak kiralah region apa 
(Perth, Melbourne, Sydney etc) kita mesti apply Tourist Visa ataupun lebih dikenali Electronic Travel Authority

"An ETA is an electronic authorisation for travel to Australia to visit or conduct short term business in Australia. It replaces a visa label or stamp in your passport and does not require making an application at the High Commission."

So, hanya perlu apply secara online tanpa perlu pergi ke pejabat kedutaan.
And there are several ways to apply melalui online, with different rates.

1. Australia Government - AUD 20 (RM60)
    Ini adalah melalui website Kerajaan Australia (Jabatan Imigresen).
    Option ini agak mahal pada pendapat saya.
    Tapi this is the best website untuk visa information; samada kita nak apply visa 
    pekerja, pelajar atau sebagainya.

2. EzyETA - AUD 9.95 (RM30)
    Saya rasa ini adalah tourist agen yang rasmi di Australia. So should be reliable kan?
    Saya ada baca several bloggers/travellers yang apply thru EzyETA nie.
    So far takde yang meragukanlah. Facebook link: https://www.facebook.com/EasyETA

3. Travel Tours / Cik Intan - RM20
    Ha. Yang ini memang famous di kalangan blogger/traveller Malaysia. Cik Intan.
    Saya ada try hantar email 3-4 bulan sebelum bertolak sebab nak pastikan rates masih 
    sama atau tak. Ya, rates masih RM20. Tapi yang reply email saya adalah Cik Yusza.
    Time tue lah baru saya taw Cik Intan/Yusza tue travel agent. 
    Saya ingat dia buat sendiri dari rumah. Haha. 
    But eventually saya tak apply thru sini pun. Sebab seminggu sebelum bertolak saya send 
    balik email, dieorang tengah bercuti. Inilah akibatnya apply last minit.
    Email: eta.australia@yahoo.com

4. Wiya Travel & Tour - RM20
    Waktu saya google pasal ETA, ada keluar website travel agency nie.
    Saya tawakkal apply kat sini sebab lagi seminggu nak pergi baru gelabah nak buat.
    Kononnya nak tarikh expired ETA tue boleh panjang. Kot-kot nak pergi lagi. 
    Tue sebab lambat apply. Dan nak murah. Haha. Tapi alhamdulillah.
    Wiya Travel memang reliable. Visa kami bertujuh dalam masa sehari, then bank-in 
    servis fee RM140 total. Dan kami telah pun lepas ke WA dengan jayanya.
    Saya apply thru email (info@wiyatravel.com) dengan send gambar details passport 
    sebagai attachment. Boleh juga apply thru WhatsApp En. Akmal di +6012-5846242.
    Just send gambar details passport and later dia akan reply.


ETA adik saya

ETA saya


Kat atas nie adalah contoh ETA saya dan adik.
Ada kelainan sikit pada ETA adik compared to others. Saya risau jugak pada mulanya.
Terus WhatsApp En. Akmal tanya. Dia cakap ok je as long ada ETA APPROVED.
Tapi PLS PRINT ya. Sebab waktu nak check-in flight ke Perth, adik kaunter AirAsia tue mintak nak tengok visa. Nasib baik saya dah print. Dia akan cek nama and no. passport kita matching or not. 
Once dah ok semua, dia tulis OK TO BOARD pada slip flight kami.
Most of ETA valid setahun dan hanya boleh berada di Australia selama tiga bulan per visit.
Maksudnya kalau kita stay maximum tiga bulan then keluar dari Australia, kita boleh masuk balik selama tiga bulan jugak. Tapi within one year sahaja. After expired, boleh apply balik.





2 comments:

  1. OMG Faten!!!!! Hahahaha cari-cari info pastu jumpa blog ni! Thank youuuuu nak contact Encik Ahmad tu hehehe

    ReplyDelete