Sunday, November 22, 2015

Western Australia Spring Trip 2015: Overview dan Itinerary Ringkas

Busselton Jetty

Assalamualaikum.
Late October lalu, saya dan keluarga telah terbang ke Perth dengan jayanya. Heh.
Alhamdulillah perjalanan selama 6 hari serta pergi dan pulang kami selamat.
Initially, trip ini saya rancangkan untuk pergi bersama adik, sepupu dan makcik.
Memandangkan hanya kami berempat, saya kira lebih baik tinggal di area Perth CBD (Malaysia Hall to be exact) dan memilih untuk menggunakan public transport sahaja.
Tetapi perancangan berubah 2-3 bulan sebelum berangkat dengan penambahan ahli iaitu mak dan opah saya. So, total of 7 family members.


Bila ada warga emas dikalangan kita, maka kereta sewa la hendaknya.
Bila ada kereta sewa, maka lebih jauh la kita merayap. :)
Dibawah ini adalah itinerari ringkas perjalanan kami.
To be honest, the initial list is much longer than this. 

Tetapi manusia hanya mampu merancang. Huhu.


Western Australia Spring Trip 2015

Season: Spring on mid October 2015

Points of Interest: Perth CBD, Cervantes,  Busselton Jetty, 
Mandurah, Rockingham, Caversham Wildlife Park and Fremantle. 
Currency: AUD 1.00 = RM 2.85 (as in Aug 2015)
Temperature: 20 - 28'C and Windy


Day 1 (Thu) - Perth City 

- Check-in homestay at Marangaroo, WA
1. Lake Riverside (city night view)
2. Bell Tower
3. Barrack Street Jetty and Swan River

Day 2 (Fri) - North WA

1. Indian Ocean Drive
2. Legde Point 
3. The Pinnacles
4. Cervantes Town
:: Lobster Shack
5. Lancelin Sand Dunes

Day 3 (Sat) - Perth / Fremantle

1. King's Park and Botanic Garden
2. Perth CBD
3. E-Shed Market / Victoria Quay
4. Fremantle City
:: Kaili's Fish Market
5. Roundhouse
6. Fremantle Prison (Torchlight Tour)

Day 4 (Sun) -  South WA 

1. Rockingham Town
2. Mandurah Town
:: San Churros
3. Busselton Jetty 
4. Cape Leeuwin Lighthouse
5. Margaret River Townships

Day 5 (Mon) - Swan Valley 

1. Caversham Wildlife Park
2. Margaret River Chocolate Company
3. Swan Valley
4. Danish Patisserie
:: Makan-Makan Cafe

Day 6 (Tue) - South WA 
1. Perth CBD
2. WaterTown Brand Outlet
:: Roj's Kebab
- Check-out from homestay
- Go to Perth Airport




Victoria Quay @ Fremantle Waterfront District


Ini adalah perjalanan pertama bersama family (independently, bukan bersama agen) yang saya rancang sendiri. Jadi banyak yang dapat saya belajar.
1. Mulakan hari dengan lebih awal.
Waktu Subuh adalah sekitar jam 4.30-5.00am. Dan hari siang bermula awal dan agak panjang dimana pada jam 7.00am sudah seakan jam 9.00-10.00am di Malaysia.
2. Kurangkan aktiviti seharian / Schedule tidak terlalu padat.
Mulanya saya merancang 6-7 tempat atau attraction dalam satu hari.
Kalau boleh, saya pergi/tengok banyak tempat dalam satu hari... Agak naif disitu. Heh.
Vacation trip secara sendiri seharusnya agak leisure tanpa sekatan waktu yang ekstrem.
Itu sebabnya kita berjalan sendiri tanpa agen...kan?

Lagipun biarlah kita betul-betul enjoy attraction yang sudah kita plan untuk pergi. Tak reasonable kalau dah sampai, then snap 4-5 gambar, then blah... Haha.
3. It's OK to fail sometimes.
Jujur saya katakan, perasaan hampa ya amat wujud bila apa yang kita mahu, tak dapat.
Mostly disebabkan perancangan masa dan strategi perjalanan. 
 

Contohnya: Peristiwa Cape Leeuwin Lighthouse. (Akan diceritakan kemudian. InsyaAllah)
Be positive dan fikir; mana tahu next time ada rezeki ke sini lagi. Hehe.



King's Park and Botanical Garden


What we've learnt about Western Australia so far...

Kebersihan itu separuh daripada iman.

Betul. Sepanjang 6 hari di Perth, Cervantes, Mandurah dan kawasan sekitar Western Australia; tiada public toilet yang jijik dan kotor kami temui. Tiada juga bauan yang kurang menyenangkan. Kagum betul.
Even sewaktu di Mandurah dimana ada Kids' Festival berlangsung (coincidentally), public toilet yang sesak pun tetap bersih.Tiada tisu-tisu bertaburan. Hebat sungguh displin local people disana.
Di area public park berdekatan Busselton Jetty, disediakan plastic bag untuk membuang najis anjing. Kiranya jika mereka bawak anjing sewaktu bersantai or berjogging disitu, mereka perlulah bertanggungawab atas najis anjing mereka sendiri.
You're responsible of your own dog's poop... lebih kuranglah. Heh.
Bandar santai / Retirement city
Maybe Perth dan kawasan sekitarnya tidaklah terlalu happening.
Waktu malam sekitar 8-9pm, suasana sudahpun sunyi dan cafe-cafe serta kedai-kedai telah pun ditutup. Mostly semua business mengikut normal office hours iaitu 8am - 6pm.
Tetapi if you're looking for leisure vacation trip, Western Australia is one of the best choice. Easy to navigate. Local people pun mostly friendly. Makan halal pun senang dicari.
Well, bandar orang tua pencen katanya... Haha.
A place to start...
Jikalau ingin mencuba membawa family bercuti ke luar negara untuk kali pertama, saya rasa Perth ada bandar sesuai untuk kita belajar. Especially jika ada membawa bersama orang tua atau anak kecil. Ia adalah sebuah bandar kecil untuk kita membiasakan diri dengan peta, travel apps dan public transport. Spend 4-5 days di Perth dan kawasan sekitar yang berdekatan (seperti Mandurah, Rockingham dan Fremantle) sudah cukup saya kira.

Then, kita boleh merancang untuk pergi lebih jauh. InsyaAllah.

4 comments:

  1. bestnya sis...bila lagi sis nak pegi australia

    ReplyDelete
  2. catatan yang sangat bagus.
    mudah, padat dgn info2 yang diperlukan, x merapu2 n bjela2.hehe
    thanks.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Info yang sangat padat dan berguna!

    ReplyDelete