Sunday, November 22, 2015

Western Australia Spring Trip 2015: Budget


"The budget is not just a collection of numbers, 
but an expression of our values and aspirations." - Jacob Lew



Sepanjang percutian kami di Western Australia, Alhamdulillah ya... 
Takde apa yang tak diingini berlaku. Takde juga perbelanjaan di luar jangkaan.
Almost everything is under control. Heh.

As usual, saya akan membahagikan bajet perjalanan dalam tiga sektor:
 a) Pre-boarding Cost
     Berkaitan dengan tiket penerbangan, extra baggage (if any) dan etc.
 b) Ground Cost
     Local transportation, tiket-tiket admission dan penginapan.
 c) Variable Cost

     Makanan dan souvenirs. Tertakluk kepada terma dan syarat individu. Heh.

So, disini adalah perbelanjaan secara kasar untuk seorang setelah dibahagi 
sama rata semua kos yang diperlukan untuk 7 orang selama 6 hari di sana.



Pre-boarding Cost:
No
Items
RM
1
Flight Ticket
(AirAsia KUL <> PER)
447
2
Flight Pre-Book Seat
RM39 x 2ways
78
3
Flight Pre-Book Luggage
(Pergi: 10kg/pax)
(Balik: 14kg/pax)
98
TOTAL (per pax)
RM 623


Ground Cost:
No
Items
RM
1
Homestay 7pax (5nights)
AUD150+AUD5 x 5n
775
2
Toyota Estima (8seater)
AUD100 x 6d
600
3
Airport Transfer
(Homestay <> Airport)
130
4
Petrol + Parking
(6days)
300
SubTotal
(1805 / 7pax)
258
5
Visa
10
6
Entrance fees
a. Caversham Park: AUD 27
b. Fremantle Prison: AUD 26
c. Busselton Jetty: AUD 12
d. Cape Leeuwin L'house: AUD 8
72
SubTotal
82
TOTAL (per pax)
AUD 340
(RM 969)


Variable Cost:


No
Items
AUD
1
Meals
(AUD 15 per day x 6 days)
90
2
Souvenirs
50
3
Miscellaneous
30
TOTAL (per pax)
AUD 170
(RM 485)


In conclusion;
Saya hanya berbelanja sekitar RM1500 sepanjang 6 hari di Western Australia.
Memandangkan saya berjalan bersama keluarga, kos makanan memang dapat dijimatkan.
Contoh di Kaili's Fish Market Cafe; satu set  Seafood Platter berharga dalam AUD50.
Kami amik dua set Seafood Platter dan add on satu set 2pc fillets Traditional Fish & Chip (AUD 15) untuk dikongsi 7 orang. Makanya; AUD (100 + 15) / 7pax = AUD 17pax
Pretty reasonable kan? Ah. Harga ini tidak termasuk air ya. Air mineral di sini agak mahal. 
Seingat saya sebotol air 50ml berharga sekitar AUD 2-4. 


Seafood Platter: Dua fillet ikan, Tomato Clam, Salad, Squid dan Chips


Tips Nak Jimat !

1. Pre-book baggage
Di sektor Pre-Boarding Cost; ada saya nyatakan pre-book luggage 10kg dan 14kg.
AirAsia ada ke offer berat macam tue? Jawapannya takde.
AirAsia hanya offer: 20kg (RM89), 25kg (RM99), 30kg (RM129) dan 40kg (RM199).
My advice: Always stick to 25kg if possible. Especially kalau pergi travel berkawan. 
Why? Kat sini, saya breakdown the cost:

No
ITEMS
FEE
RM/kg
1
International (up to 20kg)
RM 89
RM 4.45
2
International (up to 25kg)
RM 99
RM 3.96
3
International (up to 30kg)
RM 129
RM 4.30
4
International (up to 40kg)
RM 199
RM 4.98

1) If we are to buy 50kg baggage allowances:
    a) 30kg + 20kg = RM 218
    b) 25kg + 25kg = RM 198
Difference of RM 20 disini boleh beli satu pre-book meal.
Dan kalau berempat seorang hanya perlu spend RM50 untuk 12kg bag.

2) If we are to buy 100kg baggage allowances:
    a) 40kg + 40kg + 20kg = RM 487
    b) 30kg + 30kg + 40kg = RM 457
    c) 25kg + 25kg + 25kg + 25kg = RM 396
    d) 20kg + 20kg + 20kg + 20kg + 20kg = RM 445
Big difference, kan? 
Untuk kami bertujuh, kami hanya spend seorang RM57 untuk 14kg.
Tapi jangan lupa memaximisekan dulu penggunaan Free 7kg Cabin Bag, taw!

:: Rules nie boleh pakai jika semua ahli dalam satu flight booking no.
Contohnya, semua kami bertujuh membeli tiket penerbangan dalam satu masa/pembayaran. 
Dan hanya empat nama sahaja yang dipilih untuk membeli 25kg baggage.
So, total 100kg tue boleh dikongsi bersama dan tiada limit bilangan bag!


7kg cabin bag free allowance - use them wisely!

Meal on-board yang sedap - Japanese Chicken Curry Rice
(Takde dalam pre-book meal menu)


2. Makan
Saya selalu letak makan dan souvenirs dalam Variable Cost sebab lain orang, lain perutnya. Haha. Ada yang tak kesah dengan makan, ada juga yang fussy dan ada juga yang mesti makan.
Untuk jimat, saya suggest breakfast la di Hotel. Atau prepare sendiri di Hostel atau Homestay. Contoh breakfast mudah: Instant Porrigde, Roti, Cereal dan Biskut.
So, bajet makan dikurangkan kepada lunch dan dinner.
Saya selalu spend lebih untuk lunch (or late lunch) sebab kalau tak makan, takde tenaga nak jalan. One meal in Western Australia cost about AUD 10-15/meal.
Dinner pulak, saya dapat jimat sebab makcik saya suka masak.
Mostly kedai dan restaurant di sini tutup awal around 6-7pm.
Perut kami pulak biasa makan malam around 9-10pm. Haha. 
So, selalunya dinner makcik saya akan masak nasi goreng or maggi goreng.
Or korang try cari kedai kebab halal around Perth CBD. Ok.

1 comment: